Warga Emas Ditawar Ayam Hidup Sebagai ‘Ganjaran’ Suntik Vaksin

Dunia

Warga Emas Ditawar Ayam Hidup Sebagai ‘Ganjaran’ Suntik Vaksin

Seramai beratus warga emas terpaksa dipujuk dengan ganjaran seekor ayam setiap orang supaya mereka tampil untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Kejadian itu berlaku di Desa Siputri, Kabupetan Cianjur dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Dalam masa yang sama, mereka juga perlu dijemput oleh petugas kesihatan susulan enggan datang secara sukarela ke pusat suntikan vaksinasi.

Advertisement

Ketua Polis Pacet, Asisten Komisioner Galih Apria berkata, selain memujuk dengan baik agar warga emas menerima suntikan vaksin covid-19, mereka juga diberikan seekor ayam hidup setiap seorang sebagai tanda penghargaan mahu menerima vaksin.

Taktik sebegitu dilihat membantu dalam meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam kalangan warga emas di wilayah tersebut.

Pemberian ayam sebagai hadiah  adalah hasil usaha sama pihak polis, Jabatan Hubungan Masyarakat dan Pemerintah Desa serta Kecamatan.

Seorang warga emas menerima seekor ayam hidup selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Cianjur.

“Ini adalah inisiatif kami di Jawa Barat agar golongan warga emas mahu menerima vaksin. Ayam hidup ini diberikan sebagai hadiah buat mereka sama ada mahu disembelih untuk dijadikan makanan atau dipelihara”.

Tambah Galih, setakat ini sambutan warga emas pada inisiatif ini memberangsangkan dan mereka bersemangat untuk menerima suntikan dos kedua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...