Warga Emas Berusia 80 Tahun Didenda RM1,000 Selepas Keluar Rumah Untuk Menunggu Bantuan Makanan

Trending

Warga Emas Berusia 80 Tahun Didenda RM1,000 Selepas Keluar Rumah Untuk Menunggu Bantuan Makanan

Tular di media sosial perkongsian gambar seorang warga emas yang didenda RM1,000 selepas melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Warga emas yang berusia 80 tahun itu dikatakan menerima denda itu semasa sedang menunggu bantuan makanan tiba.

Warga emas dikenali sebagai Mr. Li itu menunggu di kawasan berhampiran dengan sebuah restoran pada Sabtu (11 April) untuk mendapatkan bantuan makanan. Dia kemudian didatangi oleh anggota polis yang memberikan denda tersebut selepas gagal mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan.

Advertisement

Denda RM1,000

denda PKP

warga emas

Menurut penduduk setempat, Mr. Li tinggal bersendirian di sebuah rumah usang. Kebiasaannya, dia akan melakukan pekerjaan seperti menoreh getah, bercucuk tanam, atau apa-apa saja pekerjaan demi meneruskan hidupnya. Perkara ini turut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Kewangan Buddha Ayer Kuning, Encik Li Junmin.

rumah usang

Dakwaan menunggu bantuan makanan tak tepat

Pihak polis menafikan denda yang diberikan kepada warga emas ini adalah denda tanpa amaran seperti yang dispekulasikan di media sosial. Pihak polis memberitahu bahawa dua warga emas yang didenda ini (termasuk Mr. Li) merupakan pesalah berulang yang telah mengabaikan beberapa amaran melanggar PKP.

Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Abdul Wahab mengesahkan perkara ini ketika menjawab tentang bayaran kompaun yang dikeluarkan terhadap seorang yang dikenali sebagai “Mr. Li”, berusia 80 tahun yang merupakan salah satu daripada dua lelaki itu.

Sebelum ini pun di depan restoran itu ada bangku dan selalu diduduki oleh kedua-dua lelaki Cina tersebut bersama dengan tiga orang lagi lelaki cina yang sebaya. Semua warga emas.

Warga emas itu dikatakan akan duduk di situ untuk bersembang pada setiap hari. Pihak polis juga sudah berkali-kali memberikan amaran menggunakan loud hailer supaya beredar balik dan patuhi PKP. Warga emas itu akan beredar apabila pihak polis tiba memberikan amaran tetapi akan kembali semula untuk ‘melepak’ selepas pihak polis tiada di situ.

Pemilik restoran juga sudah membuat palang pada bangku restoran untuk tidak membenarkan mereka berkumpul di situ. Tetapi mereka kemudian beranjak 50 meter daripada kawasan restoran untuk mencari kawasan lepak yang baru. Pemilik restoran turut mengesahkan ada memberi bantuan makanan kepada mereka.

Pemilik restoran menyediakan makanan antara jam 11 pagi  untuk makan tengah hari serta dari 5 petang hingga 6 petang untuk makan malam. Dakwaan warga emas itu ditahan ketika menunggu bantuan makanan juga tidak tepat kerana mereka berdua ditahan pada jam 10.30 pagi. Pihak polis juga telah beberapa kali memberikan amaran lisan kepada warga emas tersebut.

Tetapi mereka tetap berdegil dan duduk bersembang berduaan sehingga pihak polis terpaksa mengambil tindakan menahan dan membawa mereka balik ke Balai seterusnya buat tangkapan dan keluarkan kompaun.

Kompaun yang diberikan kepada mereka ini adalah sebagai satu pengajaran bahawa PKP adalah sesuatu yang perlu dipandang serius. Denda yang dikenakan juga tidak meletakkan faktor umur sebagai halangan ditambah pula golongan berusia seperti mereka adalah lebih berisiko untuk menerima jangkitan COVID-19.

Sebelum ini juga, sekumpulan lima lelaki telah ditahan di restoran yang sama ketika sedang menjamu selera. Namun untuk kejadian terbaru ini, hanya dua warga emas ini sahaja yang didapati melanggar arahan PKP. Orang ramai dinasihatkan untuk kekal mengikuti arahan yang dikeluarkan sehingga fasa ketiga PKP selesai.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...