Warga Emas Berusia 64 Tahun Ingkar Perintah ‘Lockdown’, Menjadi Rakyat Filipina Pertama Ditembak Mati

COVID-19

Warga Emas Berusia 64 Tahun Ingkar Perintah ‘Lockdown’, Menjadi Rakyat Filipina Pertama Ditembak Mati

Filipina nampaknya tidak ‘bercakap kosong’ mengenai hukuman ‘tembak mati’ kepada rakyat mereka yang ingkar arahan ‘lockdown’ di sana. Seorang warga emas dipercayai telah ditembak mati di pos pemeriksaan COVID-19 Filipina selepas dikatakan ingkar perintah tersebut.

Baca: Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Advertisement

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana warga emas itu tidak memakai ‘face mask’ dan telah melawan teguran yang diberikan oleh pihak polis di tempat kejadian.

Warga emas tersebut menyerang pihak polis dengan menggunakan pisau cukur sebelum ditembak mati

Gambar hiasan

Pada awalnya, pihak polis dikatakan hanya memberi arahan keras kepadanya. Tetapi apabila lelaki yang berusia 64 tahun yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk itu bertindak agresif sehingga mengancam orang awam dan pihak polis disana, mereka mengambil keputusan untuk menembak warga emas tersebut.

Suspek itu diingatkan oleh pekerja kesihatan…kerana tidak memakai topeng muka.

Tetapi suspek marah, mengucapkan kata-kata yang ‘membangkitkan semangat’ dan akhirnya menyerang anggota menggunakan pisau cukur.

Menurut sumber, warga emas itu telah ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang dikatakan sedang cuba menangkapnya.

Insiden ini adalah kes pertama yang dilaporkan sejak Filipina mengeluarkan arahan keras dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 di sana.

Apa pendapat anda?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...