Filipina nampaknya tidak ‘bercakap kosong’ mengenai hukuman ‘tembak mati’ kepada rakyat mereka yang ingkar arahan ‘lockdown’ di sana. Seorang warga emas dipercayai telah ditembak mati di pos pemeriksaan COVID-19 Filipina selepas dikatakan ingkar perintah tersebut.
Baca: Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana warga emas itu tidak memakai ‘face mask’ dan telah melawan teguran yang diberikan oleh pihak polis di tempat kejadian.
Warga emas tersebut menyerang pihak polis dengan menggunakan pisau cukur sebelum ditembak mati
Pada awalnya, pihak polis dikatakan hanya memberi arahan keras kepadanya. Tetapi apabila lelaki yang berusia 64 tahun yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk itu bertindak agresif sehingga mengancam orang awam dan pihak polis disana, mereka mengambil keputusan untuk menembak warga emas tersebut.
Suspek itu diingatkan oleh pekerja kesihatan…kerana tidak memakai topeng muka.
Tetapi suspek marah, mengucapkan kata-kata yang ‘membangkitkan semangat’ dan akhirnya menyerang anggota menggunakan pisau cukur.
Menurut sumber, warga emas itu telah ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang dikatakan sedang cuba menangkapnya.
Insiden ini adalah kes pertama yang dilaporkan sejak Filipina mengeluarkan arahan keras dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 di sana.
Apa pendapat anda?