Seorang warga emas yang tinggal di sebuah pusat jagaan di Padang Besar dipercayai bertindak di luar kawalan dengan membakar rumah perlindungan tersebut pada Khamis lalu.
Marah tak dibenarkan keluar dengan kekasih
Difahamkan, tindakan itu berlaku selepas lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan penjaganya kerana tidak membenarkannya ke Kangar bersama teman wanitanya untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata pihak polis menerima laporan kira-kira jam 8.31 pagi menerusi panggilan kecemasan MERS 999.
50 peratus musnah
Pusat jagaan tersebut menempatkan seramai 20 warga emas, dan kebakaran dipercayai bermula di kawasan almari dapur sebelum api marak ke dewan utama. Akibatnya, kira-kira 50 peratus bahagian dewan musnah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis turut turun padang bagi membantu siasatan dan mengambil sampel di lokasi kejadian. Bagaimanapun, katanya, jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.