Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menerusi hantaran di Facebook telah meruntun hati ramai selepas dia berkongsi tentang seorang warga emas, Soh Swee Yong, 80, yang dibuang dan diabaikan keluarga.
Katanya, wanita itu berasal dari Setapak Jaya dan kini hanya terbaring di katil Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sunyi tanpa pelawat.
Menurut cerita dikongsikan wanita itu, dia mempunyai adik beradik dan keluarga namun sejak dimasukkan ke HKL, tiada seorang pun datang melawat.
Difahamkan, Kuan telah mendapatkan wanita itu tempat tinggal iaitu sebuah rumah kebajikan diuruskan NGO di Batu Caves dan Swee akan dihantar ke sana.
Dia sangat kecewa dan sedih. Dia tanya ke mana saya akan hantar saya, Kalau dia Puan Sri, Datin Seri mesti ramai akan datang melawat. Tetapi dia hanyalah Swee Yong, jadi tiada siapa yang peduli.
Dalam pada itu, Kuan sempat meletakkan alamat rumah kebajikan tersebut serta nombor telefon untuk ahli keluarga Swee sekiranya mahu melawat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.