Warga Emas 70 Tahun Jual Tanah, Kahwini Gadis Idaman Berusia 25 Tahun.

Trending

Warga Emas 70 Tahun Jual Tanah, Kahwini Gadis Idaman Berusia 25 Tahun.

Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggemparkan penduduk di bandar ini apabila berkahwin dengan seorang gadis yang 45 tahun lebih muda daripadanya.

Advertisement

Tajuddin Kammisi, 70, turut memberi mas kahwin berjumlah hampir Rp1.4 bilion (RM469,270) kepada isterinya, Andi Vytriana atau dikenali sebagai Andi Fitri, 25, yang masih belajar di Universiti Bosowa di Makassar, Sabtu lalu.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Dusun Tanah Tengah, Desa Liliriawang, Bengo di Bone, Sulawesi Selatan.

Tajuddin yang juga bekas Naib Wali Kota Parepare, menjual tanahnya bagi mengahwini gadis idamannya itu.

Dalam upacara akad nikah, turut disebut mas kahwin Rp150 juta (RM50,000), kereta mewah berharga Rp400 juta (RM134,247), rumah dan emas seberat 200 gram.

Perkahwinan pasangan itu dan jumlah mas kahwin yang besar menjadi viral selepas gambar mereka tersebar di media sosial.

Ketua Desa Liliriawang, Sunding, mengesahkan perkahwinan pasangan berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...