Warga Asing Tidak Yakin Rakyat Malaysia Akan Bertahan Bekerja Di Pasar Borong Selayang

Trending

Warga Asing Tidak Yakin Rakyat Malaysia Akan Bertahan Bekerja Di Pasar Borong Selayang

Kementerian Wilayah Persekutuan telah bercadang untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan untuk mengelakkan warga asing memonopoli kekosongan kerja yang terdapat di pasar borong Selayang.

pasar borong selayang

kredit – Malay Mail

Cadang itu sekaligus telah memberikan peluang pekerjaan kepada golongan belia yang menganggur dengan tawaran gaji sebanyak RM2,400 sebulan.

Advertisement

Baca: Golongan Belia Ditawarkan Peluang Kerja Di Pasar Borong KL Elak Lambakan Pekerja Asing

Tindakan kerajaan untuk menghentikan kemasukan pekerja asing di pasar borong Selayang rata-ratanya telah disokong. Orang ramai juga berpendapat bahawa lambakan warga Myanmar terutama etnik Rohingya adalah punca penutupan pasar borong tersebut.

Tambahan lagi, Jabatan Imigresen Malaysia telah mempergiatkan operasi dokumentasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di beberapa kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD. Hasilnya, tenaga kerja di pasar borong didapati tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, pekerja asing yang sudah lama bekerja di Pasar Borong Selayang meramalkan pekerja tempatan tidak akan mampu untuk bertahan bekerja di situ.

Tidak yakin orang Malaysia akan rebut peluang

Gambar hiasan

Warga asing yang bekerja di pasar borong tempatan kebanyakannya tidak yakin rakyat Malaysia akan menyahut cabaran kerajaan untuk mengisi kekosongan kerja yang ditawarkan.

Seorang pekerja pasar di PJ Old Town yang dikenali sebagai Shoaib menceritakan pengalaman kerja selama 10 tahun di pasar bsaha berkenaan.

pasar borong selayang

Kredit – Malay Mail

Shoaib berasal dari Bangladesh ini menyatakan dirinya sudah banyak menyaksikan pekerja tempatan cabut lari kerana tidak tahan melakukan kerja.

Mungkin disebabkan paksaan hidup yang dihadapi oleh golongan pekerja asing menyebabkan mereka tabah menjalani kepayahan dalam mencari rezeki untuk keluarga. Pekerja tempatan akan berhenti kerja apabila mereka mengetahui perlu bangun seawal yang mungkin, tidak dibenarkan cuti dan persekitaran pasar yang berbau busuk.

Dalam setahun pekerja pasar hanya diberikan cuti selama 10 hari dan selebihnya ialah hari bekerja. Kadang kala cuti hanya dibenarkan separuh hari kerana majikan memerlukan pertolongan untuk mencuci kawasan gerai.

Bagaimanpun, Majlis Belia Malaysia (MBM) yakin bahawa golongan belia di negara ini mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh dipraktikkan menerusi sektor ini, serta berharap agar mereka tidak terlalu memilih pekerjaan.

MBM menyarankan supaya peluang pekerjaan ini turut ditawarkan kepada bekas banduan untuk mengubah hidup mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...