Warga Asing Main ‘Lari-Lari’ Daripada Frontliner Selepas Diminta Buat Ujian Saringan COVID-19

COVID-19

Warga Asing Main ‘Lari-Lari’ Daripada Frontliner Selepas Diminta Buat Ujian Saringan COVID-19

Beberapa kawasan di Malaysia telah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana jumlah kes yang diterima adalah lebih serius. Pada masa ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) aktif menjalankan ujian saringan COVID-19 termasuklah untuk warga asing.

Tular di media sosial kini, video seorang warga asing yang dikatakan cuba lari daripada pasukan frontliner selepas diminta melakukan ujian saringan. Melalui perkongsian di Twitter ini, dimaklumkan pasukan frontliner terpaksa mengejar warga asing yang cuba melarikan diri itu.

Advertisement

Di dalam video tersebut, warga asing itu dikatakan berlari-lari anak di antara blok bagi melarikan diri. Warga asing itu kemudiannya menyembunyikan diri di dalam rumahnya dan mengunci pagar rumah.

Selepas pasukan frontliner memberikan penerangan jelas mengenai ujian saringan itu, baru lah warga asing tersebut membuka pagar rumahnya. Dia dilihat keluar daripada rumah sambil memakai topeng muka. Malah, dia sempat ditegur oleh pasukan frontliner yang mengejarnya itu kerana menyusahkan pihak lain.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di salah satu kawasan flat PKPD di mana pasukan frontliner itu terpaksa menaiki sehingga ke tingkat empat untuk memintanya membuat ujian saringan. Netizen turut tidak berpuas hati melihat sikap warga asing seperti ini yang dianggap telah menyusahkan banyak pihak.



Mencabar betul tugas frontliner sekarang lagi-lagi dalam bulan puasa macam ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...