Beberapa kawasan di Malaysia telah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana jumlah kes yang diterima adalah lebih serius. Pada masa ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) aktif menjalankan ujian saringan COVID-19 termasuklah untuk warga asing.
Tular di media sosial kini, video seorang warga asing yang dikatakan cuba lari daripada pasukan frontliner selepas diminta melakukan ujian saringan. Melalui perkongsian di Twitter ini, dimaklumkan pasukan frontliner terpaksa mengejar warga asing yang cuba melarikan diri itu.
Di dalam video tersebut, warga asing itu dikatakan berlari-lari anak di antara blok bagi melarikan diri. Warga asing itu kemudiannya menyembunyikan diri di dalam rumahnya dan mengunci pagar rumah.
Selepas pasukan frontliner memberikan penerangan jelas mengenai ujian saringan itu, baru lah warga asing tersebut membuka pagar rumahnya. Dia dilihat keluar daripada rumah sambil memakai topeng muka. Malah, dia sempat ditegur oleh pasukan frontliner yang mengejarnya itu kerana menyusahkan pihak lain.
Sambungan . Credit:- Nurul Ima pic.twitter.com/cju3fUO9RN
— nrznrrsyff’ (@nzainurrasyiffa) May 5, 2020
Kejadian ini dilaporkan berlaku di salah satu kawasan flat PKPD di mana pasukan frontliner itu terpaksa menaiki sehingga ke tingkat empat untuk memintanya membuat ujian saringan. Netizen turut tidak berpuas hati melihat sikap warga asing seperti ini yang dianggap telah menyusahkan banyak pihak.
So, orang suruh bukak tu bukak jela simple kan kalau boleh bagi kerjasama kan bagus macam tu. Maaf laa ye, takboleh agree dgn statement sesetengah orang yang backup warga asing ni
— nrznrrsyff’ (@nzainurrasyiffa) May 5, 2020
Kadang2 tak faham dgn warga asing ni, Cuba la bersyukr sikit kerajaan Malaysia still ambil berat tentang mereka bukan diabaikan.. Ada warga asing kt tempat kerja aku merungut sbb dapat bantuan sikit ..eh nk melebih pulak hantar balik negara sndri kang padan muka??
— ????? (@Jaaaaaanah_) May 5, 2020
Kena faham, diorang lack of knowledge gila ke tak menggelabah tak buat silap tiba-tiba doctor nak serbu, sebab sebelum ni warga asing kena tangkap dengan polis/askar je. Adeh itu pun susah.
— wasacheerfulamir (@sadnessamir) May 5, 2020
Mencabar betul tugas frontliner sekarang lagi-lagi dalam bulan puasa macam ni.