Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan, Tak Puas Hati PKPD Di Kawasan Kediaman

COVID-19

Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan, Tak Puas Hati PKPD Di Kawasan Kediaman

Oleh kerana tidak berpuas hati Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mereka, sebahagian warga asing bertindak melemparkan air kencing kepada petugas keselamatan yang sedang bertugas. Tindakan biadap ini telah menyebabkan petugas barisan hadapan ini terpaksa memakai helmet untuk melindungi diri.

Tiga kawasan di ibu kota menerima arahan PKPD antaranya ialah bangunan Malayan Mansion, Selangor Mansion di Jalan Masjid India dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah. Ketiga-tiga kawasan ini diisytiharkan PKPD bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Advertisement

Bagi menunjukkan tanda protes arahan PKPD itu, sebahagian warga asing melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing. Petugas keselamatan yang bertugas mengawal kawasan tersebut selama 24 jam terpaksa menghadapi situasi biadap itu.

jalan masjid india

Antara petugas keselamatan yang bertugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Pihak ATM kemudian memilih untuk memakai helmet sepanjang bertugas di kawasan kediaman terbabit.

Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana.

Turut dimaklumkan, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya sudah agak ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

Namun menurut sumber, keadaan kini menjadi semakin terkawal setelah penghuni di kawasan tersebut akur dengan arahan petugas keselamatan. Tambahan pula, tidak ada isu terputus bekalan makanan memandangkan bantuan makanan turut diaturkan kepada penghuni di sana.

Malah pada Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan membekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.

KEMASKINI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial yang anggota tentera bertugas di Bangunan Selangor Mansion, di sini memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...