Bau busuk najis binatang dari sebuah kedai runcit telah membongkarkan kegiatan seorang warga asing yang dipercayai menjual ayam hidup yang disembunyikan dalam tandas.
Menurut Sinar Harian, kedai runcit berkenaan diuruskan sendiri oleh warga Pakistan tersebut dan didapati tidak mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengarah ementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, selepas pemeriksaan dilakukan pegawai penguat kuasa mendapati kedai itu bukan sahaja dicemari bau busuk najis unggas malah juga berada dalam keadaan kotor.
Pada awalnya lelaki berusia 40-an itu berdolak-dalik dan menafikan dia menjalankan perniagaan di premis itu yang turut dikesan belum mendapat lesen perniagaan.
Bagaimanapun selepas ditunjukkan bukti berlakunya aktiviti perniagaan, lelaki itu mengaku menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen PBT.
Hasil pemeriksaan juga mendapati premis itu gagal menyelenggara tanda harga serta menggunakan alat sukat iaitu timbangan elektronik yang tidak ditentusahkan dan telah tamat tempoh.
@kpdnmelaka Situasi yang salah, tak boleh diteruskan macam ni. Kenapa perlu patuh undang²?, Supaya semua orang dijaga termasuklah aspek keselamatan pengguna. Lepas ni jangan konar² dengan penguatkuasa, kita gempur. @Armizan Mohd Ali @Fuziah Salleh @Ab Rauf Yusoh @kerajaannegerimelaka #KPDNKITA #kpdnmelaka #kitagempur ♬ original sound – KPDN Melaka
Ramai netizen yang menonton video tersebut memuji KPDN Melaka kerana tegas dan aktif membuat serbuan seperti itu dan berharap KPDN di negeri lain turut melakukan perkara yang sama.
Netizen turut memuji dan menyukai cara pegawai tersebut yang bercakap dengan tegas meskipun tanpa menengking atau menakut-nakutkan.