Wardina Safiyyah Akan Berpindah Ke Australia

Hiburan

Wardina Safiyyah Akan Berpindah Ke Australia

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Spanar Jaya satu ketika dahulu, Wardina Safiyyah mengumumkan yang dirinya dan keluarga akan berpindah ke Brisbane, Australia dalam masa terdekat ini. Bukan berpindah tanpa sebarang perancangan, Wardina akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang psikologi. Tidak keseorang, suami dan anak-anaknya jug akan turut sama tinggal di bumi kanggaru ini.
wardina hijrah ke asutralia

Pasti seronok dapat tinggal dan belajar di negara orang walaupun terpaksa meninggalkan segala aktiviti ceramah serta amal kebajikan persatuannya di Malaysia. Sambil belajar sambil berehat. Kata Wardina kepada MalaysianDigest:-

Advertisement

Saya akan berpindah ke Brisbane, Australia. Dari dulu lagi saya memang teringin belajar di luar negara. Saya nak menimba pengalaman baru di tempat baru. Cuma masa inilah baru ada kesempatan. Sekarang ni saya sedang tunggu surat tawaran. InsyaAllah saya akan menyambut pengajian Ijazah untuk tahun ketiga dan selepas ini sebolehnya saya nak lanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi lagi.

Saya akan berpindah bersama anak-anak sementara suami saya akan tinggal di sini dulu buat sementara waktu. Saja saya nak releks dari aktiviti-aktiviti saya di sini dan tumpukan perhatian pada pelajaran. Anak-anak saya teruja nak ikut saya berpindah ke sana kerana mereka akan tinggal dekat dengan datuk mereka nanti

wardina hijrah ke asutralia

Selamat maju jaya dan all the best diucapkan buat Wardina. Sekurang-kurangnya Wardina dapat lari sekejap daripada hiruk pikuk dan kesibukan ketika berada di Malaysia. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa pulang dengan segulung ijazah. Abang Nara pasti ramai peminat Wardina akan merindui kelibat pelakon ini sepanjang ketiadaannya kelak.

P.S: Jambatan kedua Pulau Pinang percuma sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...