Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger

Hiburan

Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger

kes wardina

Tiba-tiba nama Wardina meletup bagai bom atom apabila dikaitkan dengan sebuah parti politik. Namanya ditulis di banyak blog-blog politik yang cuba mengambil kesempatan di atas hal ini. Wardina yang memang terkenal dengan semangat wajanya telah memberi 14 hari kepada blogger terbabit untuk menarik balik entri tersebut.

Advertisement

Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan Wardina mengenai punca kekecohan ini.

Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wardina berkata, kehadirannya pada majlis tersebut atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu.

“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.

Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.

“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.

Menurut Wardina, dia terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.

Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas insiden berkenaan.

“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujarnya.

Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.

Wardina turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.

Kata Wardina, tindakan itu bukanlah hukuman yang dikenakan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya.

“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.

Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...