Sekarang ini di Malaysia, gerakan memboikot jenama dan produk yang membantu Israel sedang rancak dilakukan. Satu inisiatif yang sangat bagus demi membantu rakan-rakan kita yang kini sedang berperang di Palestin. Namun harus diingatkan, boikot haruslah dibuat dengan berhemah. Abang Nara agak menyesal membaca mengenai sesetengah umat Islam yang membuat kekacauan di McDonalds Dungun. Nak boikot, boikotlah. Jangan tunjuk yang kita ini macam orang tak berpelajaran pulak.
Wardina menerusi laman Facebooknya telah mengajak rakan-rakan artis yang lain untuk turut sama berganding bahu memboikot segala jenama yang membantu Israel. Wardina mencadangkan agar mereka yang mempunyai kontrak dengan mana-mana jenama tersebut supaya segera menamatkan kontrak mereka. Satu langkah yang bagus untuk dilakukan. Namun apa-apa pun kena tengok kontrak dulu. Jangan sampai kena saman berjuta-juta ringgit pulak nanti.
Satu lagi nasihat Abang Nara bab boikot ini ialah janganlah kita menghina, mengkritik dan mencaci mereka yang mencari rezeki di dalam syarikat termasuk dalam senarai boikot. Jangan guna kekerasan. Jangan buat perangai pelik-pelik. Nak boikot, boikot je. Lagi satu kalau ada kawan-kawan saudara-mara yang taknak boikot, jangan sesuka chop dia ‘kafir’, ‘penyokong Yahudi’ dan sebagainya. Mana tahu dia tak boikot tapi dermanya beribu-ribu ringgit untuk Palestin. Tak gitu? Apa pendapat anda?