April 17th, 2011

norman memey

Nak kesian pun tak boleh. Kalau dah kena panggil ke mahkamah, kenalah pandai cipta masa untuk hadirkan diri. Sayangnya Memey dan Norman seolah-olah tidak menghormati mahkamah dengan memberikan alasan yang tidak munasabah. Akibatnya, waran tangkap telah dikeluarkan untuk pasangan merpati sejoli ini.

Menurut peguam mereka berdua, Norman tidak dapat hadir kerana sakit manakala Memey tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. Tapi masalahnya pihak Norman tidak dapat menunjukkan sijil sakit seperti yang diclaim.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah. Pengajarannya di sini ialah, jangan main-main kalau kena panggil pergi mahkamah. Kang tak pasal-pasal dapat waran tangkap. Tak gitu?

Semoga Norman dan Memey hadir ke mahkamah selepas ini. Jangan sampai kena heret pulak.


Comments are closed.

Loading...