‘Wap Bunga Cengkih Boleh Sembuhkan COVID-19, Dah Dibuktikan Oleh Pesakit Positif’ – Suhaimi Saad

Hiburan

‘Wap Bunga Cengkih Boleh Sembuhkan COVID-19, Dah Dibuktikan Oleh Pesakit Positif’ – Suhaimi Saad

Bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad memberitahu kepada orang ramai di Instagram mengenai rawatan alternatif lain yang boleh merawat penyakit wabak COVID-19.

Menurut Suhaimi, sebelum ini dirinya pernah dijangkiti demam, selsema serta batuk berpanjangan namun setelah membuat rawatan wap bunga cengkih, dia kembali sembuh seperti biasa.

Advertisement
suhaimi saadSumber : Instagram Suhaimi Saad  

Katanya dalam sebuah hantaran video di Instagram nya,

Ini merupakan satu kaedah atau teknik rawatan alternatif selain pengambilan vaksin. Saya dah cuba, alhamdulillah baik sebab sebelum ini ada kena batuk dan selesama serta macam demam tak demam 3, 4 hari lepas.

Masukkan air separuh periuk dan segenggam bunga cengkih selepas itu rebuskan kemudian guna corong atau penapis dan sedut wapnya ketika panas. Dah dibuktikan oleh pesakit yang positif COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Sedia maklum, suami kepada Ina Naim itu terkenal dengan pendiriannya yang anti-vaksin dan ubat-ubatan moden, malah dia juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah hanya mengajar di rumah sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...