Written by Bella | August 7th, 2019

Bertuah betul penyanyi Wany Hasrita, di usia yang muda dia sudah dipilih untuk menjadi tetamu Allah SWT bagi menunaikan rukun Islam kelima. Wany menerima jemputan khas daripada kerajaan Arab Saudi oleh Raja Salman sendiri.

wany hasrita

Wany berkata dia menerima tawaran untuk menunaikan haji itu disaat akhir. Tidak pernah ada pengalaman menunaikan umrah, Wany mengakui berdebar untuk menjejakkan kaki di Makkah dan menyambut Aidiladha di sana.

Bagaimanapun, dia akan ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman dan mereka dijadualkan berlepas ke Mekkah pada petang ini.

wany hasrita haji

Rasa macam bermimpi pun ada kerana Wany tidak pernah terfikir untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini.  Apapun, Wany bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada Wany menjadi tetamu-Nya, walaupun tawaran datang pada saat akhir.

Pemergian kami berdua adalah atas undangan kerajaan Arab Saudi. Wany memang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana atau menunaikan umrah, sebelum ini. Justeru, Wany meminta bantuan Heliza Helmi bagi mendapatkan ustaz yang boleh mengendalikan sesi kursus haji secara peribadi.

wany hasrita

Selain itu, untuk panduan ketika berada di sana pula, Wany banyak merujuk kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Profesor Dr Muhaya Mohamad.

Selamat menunaikan haji bukan sahaja kepada Wany tetapi kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga urusan ibadah anda dipermudahkan. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

20 responses to Wany Hasrita Tunai Haji, Dapat Jemputan Daripada Raja Salman

  1. Makcik Cabai says:

    Bukan senang nak jadi tetamu Allah…
    Hanya orang berkemampuan sahaja yang dipilih oleh Allah…
    Tengok dari segi Wany explain…
    Dah nampak, Allah pilih dia last minute pun dia mampu prepared..
    Kalau Makcik… hm… nak bayar ustaz untuk belajar secara berkumpulan pun tak mampu lagi….
    Semoga Allah jemput Makcik juga suatu hari nanti…
    Amin….

  2. tanpanama says:

    Alhamdulillah.. murah rezeki Wany. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk ke sana juga.~amiin

  3. sisglamor says:

    JANGAN PERTIKAI KAN MCM MANA APA SUMA DIA DAPAT. TU REZEKI DIA. BILA KITA MENYIBOK PERTIKAI KAN SEMUA. TERUS JATUH BUSUK HATI,DENGKI HATI HITAM.,. DOA KAN YANG BAIK2 SUDAH. TU ANTARA DIA DGN ALLAH. KITA DOA KAN DIRI KITA NI DIMURAHKAN REZEKI JUGA UNTUK MENUNAIKAN HAJI.

  4. Minah lopong says:

    Bknla nk pertikaikn rzki org,tp pergi dlm keadaan tgesa2 mcm ni cmne ye?dr segi pesiapan mental,fizikal..n cmne plak raja salman tu boleh pilih wani n amira je yg pegi?sdgkn org yg pergi under TH pn bbulan g kursus haji..ni kn pulak dorg yg arini dpt tau,esok g kursus haji,lusa trs terbang..aku tnye je sb nkla tau jgk kn

    • Dia says:

      jangan pertikai kan ilmu org coz setiap amal org hanya dia & ALLAH jew yg tau, kalau diorang menunjuk kan kata (riak&poyo). dia ikut pakej yg mahal dah tentu2 mutawif & mutawafifah dia akan guide sebaik mungkin + dengan ilmu yg diorang dah belajar
      tentang rukun, pantang larang dan segala2 pasal Hajj & Umrah nee. laa nee ko ada duit semua boleh + rezeki yg ALLAH dah tulis tuk ko & dengan izin NYA. berbaik sangka kan bagus,

  5. abu says:

    Jemaah Malaysia tetamu Raja Salman

    KUALA LUMPUR: Jemaah Malaysia paling ramai menjadi tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, bagi mengerjakan umrah dalam kalangan 2,600 orang dari 140 negara yang terpilih sejak program itu diperkenal tiga tahun lalu.
    Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Abdullah bin Mudlij, berkata ini kerana negara itu menganggap Malaysia penting dalam menjayakan program berkenaan berdasarkan kualiti serta disiplin yang ditunjukkan oleh jemaah Malaysia.
    Sejumlah 160 jemaah Malaysia terpilih mengikuti program itu sejak tiga tahun lepas.
    “Pemilihan jemaah Malaysia ke program ini dilakukan setiap tahun berbanding jemaah dari negara lain yang hanya dipilih tiga hingga lima tahun sekali.
    “Mereka yang dipilih adalah daripada kalangan ahli akademik, mufti, pendakwah dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Alumni Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci anjuran Kedutaan Besar Arab Saudi di sini, malam tadi.
    -BH online-

Tinggalkan Komen Anda Di Sini