Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wany Hasrita Terima Naskah Al-Quran Pemberian Raja Arab Saudi

wany hasrita terima al-quran

Menerima senaskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, penyanyi Wany Hasrita kongsi detik manis itu di laman instagram miliknya.

wany hasrita terima al-quran

Advertisement

Lebih menarik, Al-Quran itu juga meliputi beberapa terjemahan bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Menerusi Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pertemuan Wany dan ibunya  bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Adbul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an telah diatur oleh pengerusinya pertubuhan tersebut iaitu Dato Ahmad Tajuddin Idris.

Advertisement

Menurut entri berkenaan turut menyatakan, pertemuan itu merupakan kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima Wany daripada kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.

Wany bagaimanapun turut berkongsi momen manis itu di Instagram miliknya dengan ucapan ringkas.

https://www.instagram.com/p/CAe2ZM9H1TV/

“Alhamdulillah, #terimakasihrajasalman @ilmuanmalaysia.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bangga buat Wany, malah turut melabel Wany sebagai selebriti contoh yang boleh diikuti.

Laporan Bernama sebelum ini menyatakan sejumlah 20,000 naskah Al-Quran akan diagihkan pada tahun ini hasil sumbangan Raja Salman ke seluruh Malaysia sebagai tanda terima kasih baginda kepada rakyat.

Sumber: OhMyMedia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. KakLin

    May 23, 2020 at 8:04 am

    Untungnya Allah SWT pilih dia, Subhanallah Alhamdulillah. Moga² ada rezeki kita semua lepas ni, teringin nak jugak senaskah ,Aamiin… InsyaAllah…

  2. Asfa

    May 23, 2020 at 3:15 am

    Jangan mengutuk setiap jalan yg dilangkah adalah Aturan Allah. Sblum sibuk dengki kt org apa kta sayang diri sdri dlu. Fkr smpai bila nk jd netizen mlut dan hti yg x baik. Benda baik jgn psoalkan. Rezeki masing2

  3. Anonymous

    May 23, 2020 at 12:08 am

    Tak baik dengki dengan rezeki orang. Bersangka baik

  4. anonymous

    May 22, 2020 at 11:04 pm

    jgn dengki dosa tau buln posa ni

  5. Kembang kempis

    May 22, 2020 at 9:14 pm

    Baik xperlu adakan contest if dah tau dari awal nk bagi pada perempuan ni. Gi makkah free pun dia gak. Contest yg promo bagai rak pun dapatkan dia gak. Patut ler b4 that dah promo diri sendiri bagai nak rak dengan loffa…

Loading...
To Top