Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wany Hasrita Terima Naskah Al-Quran Pemberian Raja Arab Saudi

wany hasrita terima al-quran

Menerima senaskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, penyanyi Wany Hasrita kongsi detik manis itu di laman instagram miliknya.

wany hasrita terima al-quran

Advertisement

Lebih menarik, Al-Quran itu juga meliputi beberapa terjemahan bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Menerusi Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pertemuan Wany dan ibunya  bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Adbul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an telah diatur oleh pengerusinya pertubuhan tersebut iaitu Dato Ahmad Tajuddin Idris.

Advertisement

Menurut entri berkenaan turut menyatakan, pertemuan itu merupakan kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima Wany daripada kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.

Wany bagaimanapun turut berkongsi momen manis itu di Instagram miliknya dengan ucapan ringkas.

https://www.instagram.com/p/CAe2ZM9H1TV/

“Alhamdulillah, #terimakasihrajasalman @ilmuanmalaysia.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bangga buat Wany, malah turut melabel Wany sebagai selebriti contoh yang boleh diikuti.

Laporan Bernama sebelum ini menyatakan sejumlah 20,000 naskah Al-Quran akan diagihkan pada tahun ini hasil sumbangan Raja Salman ke seluruh Malaysia sebagai tanda terima kasih baginda kepada rakyat.

Sumber: OhMyMedia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    May 23, 2020 at 11:55 am

    dengan harapan raja arab tu meminang ko ke? hahaha

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top