Terkenal dengan imej seorang wanita muslimah yang sopan, penyanyi Wany Hasrita baru-baru ini dikritik netizen gara-gara penampilannya mengayakan tudung singkat sehingga menampakkan bahagian dada ketika sesi fotografi sebuah iklan.
Pelbagai kata sindirian yang dilemparkan dan ada yang menganggap Wany sudah lupa diri selepas namanya kini lebih popular.
Sedar ia satu isu yang sensitif, Wany tampil memohon maaf dan berjanji beliau akan lebih berhati-hati dengan fesyen yang digayakan pada masa hadapan.
Saya mohon maaf jika gambar tersebut telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Dosa tetap dosa dan saya akui itu kesilapan saya sendiri. Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Wany sedikit pun tidak berkecil hati dengan komen netizen kerana semua orang mempunyai hak untuk memberikan pendapat mereka asalkan teguran yang dibuat tidak kurang ajar.