Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wany Hasrita Menangis Lihat Kaabah Depan Mata

Bertuah dijemput sebagai tetamu Allah SWT menunaikan ibadah haji pada usia muda, penyanyi Wany Hasrita berkata, pengalaman pertama dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci begitu menakjubkan.

wany hasrita

Advertisement

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan Wany apabila kali pertama dia melihat Kaabah, sehingga menitiskan air mata.

Kali pertama melihat Kaabah, hanya Tuhan saja yang tahu. Saya menangis seperti budak kecil. Sepanjang tawaf, mata tidak berkelip melihat Kaabah kerana tak percaya sudah ada depan mata.

wany hasrita kaabah

Alhamdulillah, saya sudah selesai menunaikan ibadah haji. Bermula dengan menjaga ihram dan wukuf di Arafah, saya terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk melontar jamrah. Selepas tengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie.

Wany meluahkan rasa syukur segala urusan ibadah hajinya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Wany juga memberitahu dia sudah membacakan doa yang dikirimkan peminat.

wany hasrita haji

Advertisement

Wany  menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. nak tau jer

    August 15, 2019 at 2:19 pm

    sajer nk tanya tak g nk mahram ke. ataupun tak up mahram diaorng.

  2. korok

    August 15, 2019 at 2:03 pm

    sumer mesti bgtau org ke…ada kesah ko nak nangis ke nak senyum dpn kaabah…diam2 dh la

  3. nimi

    August 15, 2019 at 1:55 pm

    buah haji pakai lipstick juga

  4. ORANGE

    August 15, 2019 at 1:11 pm

    Ayat dijemput Kedutaan Arab Saudi tu macam tak kena…
    Cakap je laa haji last minit. Haji FURADA kan … Then dia kan pergi ngn Amira Othman. tak tanya ke pengalaman dia mcm mana.. asyik2 wani je yg nara up.

  5. ORANGE

    August 15, 2019 at 1:09 pm

    Ayat dijemput Kedutaan Arab Saudi tu macam tak kena…
    Cakap je laa haji last minit. Haji FURADA kan …

    • Anonymous

      August 15, 2019 at 3:08 pm

      kenapa ayat mcm dengki je lol? x salah pun. samala maksudnya. furada mmg visa yg diberi terus dari kedutaan arab saudi pun bila ada kekosongan saat akhir. tapi bukanlah dijemput, dia apply, dan ada rezeki dia. x perlu la tone ayat tu “cakap jela haji last minit” last minit ke apa,asalkan complete semua rukun dan wajib haji tetap lah dah settle rukun islam ke 5. last minit tu sekadar tunggu panggilan, bkn org dah wukuf, bermalam di mina semua dia blom start,still dia buat semua dgn tarikh sama dgn org lain je.

Loading...
To Top