June 4th, 2020

Menjelaskan hubungannya bersama anak pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimi hanya sekadar kawan rapat, pelakon Wanna Ali akui masih terlalu awal untuk membuat andaian berkenaan status mereka memandangkan perkenalannya bersama lelaki tersebut baru memasuki usia setahun.

wanna ali bercinta dengan anak sheila rusly

 

Menurut Wanna, mereka berkawan rapat kerana ibunya dan Sheila bekerja dalam satu industri malah menggangap tiada apa yang serius dalam hubungan tersebut kerana kedua-dua mereka difahamkan masih lagi muda.

“Kita berkawan rapat sebab kedua-dua ibu kami dalam industri sama dan tiada apa yang serius pun.”

Tambah Wanna, keakraban itu kian terjalin apabila beliau dikatakan pernah menjalani penggambaran untuk drama bersiri arahan syarikat Sheila iaitu JS Pictures.

Ujar Wanna, daripada sibuk memikirkan soal kasih, kedua-dua mereka mahu lebih fokus kepada karier masing-masing terlebih dahulu.

wanna ali bercinta

“Dia pun muda saya pun muda, terlalu awal untuk ke fasa setersnya dan tidak pernah ada unsur-unsur bercinta pun lagi.”

Meskipun namanya agak suram dalam insdutri hiburan tanah air, namun Wanna akui teruja apabila orang ramai mula mengenalinya selepas membintangi filem Ada Apa Dengan Dosa sebagai teraju utama.

Untuk rekod, Wanna merupakan pelakon, penyanyi dan model yang mula aktif sejak tahun 2013. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Aku Ada Kau Ada, Tokan dan Bo-Peng sebelum ini memperlihatkan bakat lakonannya yang kian mendapat tempat di hati pencinta filem tempatan.

Sumber: Gempak


One response to “Wanna Ali Bercinta Dengan Anak Sheila Rusly?”

  1. Anonymous says:

    DUA2 TAK KENAL. SENDU

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...