Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wann, Noorshila Amin Tersingkir, Aura Juara Hardy Miza Semakin Hebat?

gegar vaganza 6 semi final

Perjuangan 2 peserta wanita di dalam GV6 akhirnya tamat di peringkat separuh akhir apabila Wann dan Noorshila Amin diumumkan tersingkir semalam. Ini bermaknya hanya ada 6 peserta bakal bertanding di final GV6 minggu ini iaitu Hardy Miza, Naqiu,Sham Visa, One Nation Emcee, Jatt dan Nurfatima.

gegar vaganza 6 semi final

Advertisement

Untuk makluman, pada minggu separuh akhir kesemua peserta diberi dua tugasan iaitu menyanyikan lagu secara solo dan juga berduet dengan artis pilihan. Secara jujurnya, persembahan Wann dan Noorshila Amin semalam memang mengecewakan. Berdasarkan komen juri, Wann gagal menunjukkan gaya nyanyian yang versatile sementara duet antara Noorshila Amin dan Ifa Raziah pula tidak harmoni serta kelihatan seperti bersaing sesama sendiri.

wann gv6

noorshila amin

Jika sebelum ini rata-rata ramai yang beranggapan bahawa Naqiu akan merangkul gelaran juara GV6 dengan mudah, namun apabila sudah sampai ke pentas akhir ini, aura Hardy Miza semakin mantap dan mengkagumkan.

Advertisement

Jangan lepaskan peluang untuk menonton kembali persembahan hebat Hardy Miza semalam dengan menggunakan  Digi CILI PADI yang memberikan UNLIMITED Youtube dengan bayaran kurang daripada RM1/sehari. Bolehlah layan kelunakan suara Hardy Miza sambil jatuh cinta dengan kekacakan wajahnya.

hardy miza

Untuk makluman, penyanyi dari Singapura ini telah mengungguli minggu separuh akhir GV6 dengan markah sebanyak 82 peratus dengan Naqiu berada di tempat kedua dengan markah 72 peratus. Nampak gayanya memang sengit persaingan di pentas akhir kelak.

naqiu

Ha, lepas GV6 berakhir nanti, confirm korang nak tahu perkembangan semasa para peserta program ini kan? Ha, tak payah risau sebab  Digi memberikan MAXIMUM SOCIAL menerusi plan Digi CILI PADI untuk tempoh 30 hari yang membolehkan korang ikuti Facebook, Twitter dan Instagram artis-artis kegemaran anda tanpa had. Barulah rasa dekat je di hati walaupun dah tak boleh tengok aksi mereka di kaca tv.

Apa-apa pun perjuangan para peserta GV6 akan berakhir pada minggu hadapan. Siapakah yang akan bergelar juara GV6 sekaligus membawa pulang hadiah bernilai wang tunai RM100,000? Adakah akan ada kejutan kelak?? Sama-sama kita nantikan pentas akhir GV6 pada hari Ahad ini.

Last but not least, jangan lepaskan peluang untuk meMAKSIMUMkan aktiviti Internet anda sama ada main game atau mendengar muzik bersama dengan Digi CILI Padi. Maklumat lanjut layari www.digi.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 Comments

  1. Anonymous

    December 18, 2019 at 2:39 am

    Apa yg tiap2 minggu Hady Mirza dapat lagu makanan dia? 2 kali dia kena nyanyi lagu rock lagu Ibukota Cinta fm DefGabC & Taman Rashidah Utama fm Wings & he nailed it. Hady pun pernah kena nyanyi lagu rap & he nailed it again. Bila kena lagu Balada pun he sang it well. He’s a versatile singer kasi lagu irama tradisional pun dia boleh nyanyi. So celah mana yg tak fair??????

  2. Anonymous

    December 18, 2019 at 2:25 am

    Hady Mirza pun pernah diberi & di suruh nyanyi lagu rap & lagu rock apa yg tak adil nyer & he scored it. Hady Mirza pun boleh bawak lagu traditional Melayu dgn baik cuma tak diberi lagu begitu aja pada dia. Dia versatile semua lagu dia boleh nyanyi. Naqiu yg pilih sendiri lagu ting ting so nak salah kan saper tapi dia tak boleh deliver lagu tu.

  3. damai

    December 17, 2019 at 3:20 pm

    lagu ting ting mmg naqui nak nyanyi, kan dia explain yg astro kasi 2 pilihan tapi dia yg nak ting ting, g tengok replay quarter final

  4. damai

    December 17, 2019 at 2:51 pm

    bukan tok ram lah but astro, markah wann dan sham visa masa quarter final cuma beza 1 markah, so astro yg decide x akan ada penyingkiran, slmt x dpt masuk final, she for performance yes but not for pertandingan,

  5. Liana jasmaine

    December 17, 2019 at 2:47 pm

    Semuga hady juara….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama