December 16th, 2019

Perjuangan 2 peserta wanita di dalam GV6 akhirnya tamat di peringkat separuh akhir apabila Wann dan Noorshila Amin diumumkan tersingkir semalam. Ini bermaknya hanya ada 6 peserta bakal bertanding di final GV6 minggu ini iaitu Hardy Miza, Naqiu,Sham Visa, One Nation Emcee, Jatt dan Nurfatima.

gegar vaganza 6 semi final

Untuk makluman, pada minggu separuh akhir kesemua peserta diberi dua tugasan iaitu menyanyikan lagu secara solo dan juga berduet dengan artis pilihan. Secara jujurnya, persembahan Wann dan Noorshila Amin semalam memang mengecewakan. Berdasarkan komen juri, Wann gagal menunjukkan gaya nyanyian yang versatile sementara duet antara Noorshila Amin dan Ifa Raziah pula tidak harmoni serta kelihatan seperti bersaing sesama sendiri.

wann gv6

noorshila amin

Jika sebelum ini rata-rata ramai yang beranggapan bahawa Naqiu akan merangkul gelaran juara GV6 dengan mudah, namun apabila sudah sampai ke pentas akhir ini, aura Hardy Miza semakin mantap dan mengkagumkan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton kembali persembahan hebat Hardy Miza semalam dengan menggunakan  Digi CILI PADI yang memberikan UNLIMITED Youtube dengan bayaran kurang daripada RM1/sehari. Bolehlah layan kelunakan suara Hardy Miza sambil jatuh cinta dengan kekacakan wajahnya.

hardy miza

Untuk makluman, penyanyi dari Singapura ini telah mengungguli minggu separuh akhir GV6 dengan markah sebanyak 82 peratus dengan Naqiu berada di tempat kedua dengan markah 72 peratus. Nampak gayanya memang sengit persaingan di pentas akhir kelak.

naqiu

Ha, lepas GV6 berakhir nanti, confirm korang nak tahu perkembangan semasa para peserta program ini kan? Ha, tak payah risau sebab  Digi memberikan MAXIMUM SOCIAL menerusi plan Digi CILI PADI untuk tempoh 30 hari yang membolehkan korang ikuti Facebook, Twitter dan Instagram artis-artis kegemaran anda tanpa had. Barulah rasa dekat je di hati walaupun dah tak boleh tengok aksi mereka di kaca tv.

Apa-apa pun perjuangan para peserta GV6 akan berakhir pada minggu hadapan. Siapakah yang akan bergelar juara GV6 sekaligus membawa pulang hadiah bernilai wang tunai RM100,000? Adakah akan ada kejutan kelak?? Sama-sama kita nantikan pentas akhir GV6 pada hari Ahad ini.

Last but not least, jangan lepaskan peluang untuk meMAKSIMUMkan aktiviti Internet anda sama ada main game atau mendengar muzik bersama dengan Digi CILI Padi. Maklumat lanjut layari www.digi.my.


22 responses to “Wann, Noorshila Amin Tersingkir, Aura Juara Hardy Miza Semakin Hebat?”

  1. damai says:

    mmg from minggu pertama naqui best tapi akhir2 dia ada kelemahaan cos sy rasa kerana extension of the week from 8 weeks to 11 weeks, penat lho nak cari idea, hady ada 3 minggu dia either no. 3 and 4 itu mmg nampak dia x hayati lagu, tapi suku akhir keatas, dia membaiki diri, tapi mmg hard fight lah hady dan naqui, lagu battle pula semua lagu rancak tengok how they perform lah. lagu ernie zakri yg hady dpt mmg lagu dia penuh penghayataan tengok aja dia dapat menghayati x time final, dan naqui mmg lagu mknan dia, tapi selalu if GV, lagu battle yg akan menambah dan mengurangkan markah. cuma kesian same kena battle dgn ONE cos mrk 4 org plus 1 dah jadi 5 so takut semua kelam kabut nanti, apa2 pun all the best to the finalis

  2. Anonymous says:

    Dulu Hardy ni pernah couple dgn Fazura kan?

  3. GV predictable says:

    Macam mana bagus pon hady mirza, dia tak akan menang sebab GV nie mmg berat sebelah, takkan lah dorang nak kasi org Singapore menang. Lagu final, hady dpt lagu perempuan, naqiu dpt lagu ‘makanan’ dia sendiri, lagu rock. Dari sini kita dah tau, naqiu mmg favourite and pemenang utk GV musim ini. Lagi satu perkara, kalauuuu Hady menang pon, dorang takkan promote hady khaw2 lah. Senang kata, hady boleh menang tapi yg popular is Naqiu. Tu sham visa tak boleh nyanyi eh, tapi masok final! Tak masok akal! Roy yg nyanyi mcm2 genre boleh terklua, nie sham nyanyi mcm ‘back up singer’ utk kopratasa boleh pulak gi final. Lebih baik kasi kopratasa yg bertanding sbb smlm nampak sgt sham tak boleh nyanyi Merepek!

  4. Anon says:

    Bukan nak cakap hady tak bagus, cuma rasa unfair sebab tiap2 minggu dpt lagu makanan dia. Contestant lain kena cuba mcm2 genre (dangdut, irama tradisional, balada, rock etc.). Kalau hady juara rezeki dia tapi unfair la utk semua contestant lain.

  5. lily says:

    Walaupun aku bukat peminat Noorshila Amin, tp aku kesian sbb dia kluar..Sbb aku rasa psembahan duet dia dgn Ifa Raziah yg buat markah dia rendah..Ifa pulak yg over mcm dia yg btanding.x serasi betol menyanyi dgn rakan duet..over2..meluat aku

Loading...