December 16th, 2019

Perjuangan 2 peserta wanita di dalam GV6 akhirnya tamat di peringkat separuh akhir apabila Wann dan Noorshila Amin diumumkan tersingkir semalam. Ini bermaknya hanya ada 6 peserta bakal bertanding di final GV6 minggu ini iaitu Hardy Miza, Naqiu,Sham Visa, One Nation Emcee, Jatt dan Nurfatima.

gegar vaganza 6 semi final

Untuk makluman, pada minggu separuh akhir kesemua peserta diberi dua tugasan iaitu menyanyikan lagu secara solo dan juga berduet dengan artis pilihan. Secara jujurnya, persembahan Wann dan Noorshila Amin semalam memang mengecewakan. Berdasarkan komen juri, Wann gagal menunjukkan gaya nyanyian yang versatile sementara duet antara Noorshila Amin dan Ifa Raziah pula tidak harmoni serta kelihatan seperti bersaing sesama sendiri.

wann gv6

noorshila amin

Jika sebelum ini rata-rata ramai yang beranggapan bahawa Naqiu akan merangkul gelaran juara GV6 dengan mudah, namun apabila sudah sampai ke pentas akhir ini, aura Hardy Miza semakin mantap dan mengkagumkan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton kembali persembahan hebat Hardy Miza semalam dengan menggunakan  Digi CILI PADI yang memberikan UNLIMITED Youtube dengan bayaran kurang daripada RM1/sehari. Bolehlah layan kelunakan suara Hardy Miza sambil jatuh cinta dengan kekacakan wajahnya.

hardy miza

Untuk makluman, penyanyi dari Singapura ini telah mengungguli minggu separuh akhir GV6 dengan markah sebanyak 82 peratus dengan Naqiu berada di tempat kedua dengan markah 72 peratus. Nampak gayanya memang sengit persaingan di pentas akhir kelak.

naqiu

Ha, lepas GV6 berakhir nanti, confirm korang nak tahu perkembangan semasa para peserta program ini kan? Ha, tak payah risau sebab  Digi memberikan MAXIMUM SOCIAL menerusi plan Digi CILI PADI untuk tempoh 30 hari yang membolehkan korang ikuti Facebook, Twitter dan Instagram artis-artis kegemaran anda tanpa had. Barulah rasa dekat je di hati walaupun dah tak boleh tengok aksi mereka di kaca tv.

Apa-apa pun perjuangan para peserta GV6 akan berakhir pada minggu hadapan. Siapakah yang akan bergelar juara GV6 sekaligus membawa pulang hadiah bernilai wang tunai RM100,000? Adakah akan ada kejutan kelak?? Sama-sama kita nantikan pentas akhir GV6 pada hari Ahad ini.

Last but not least, jangan lepaskan peluang untuk meMAKSIMUMkan aktiviti Internet anda sama ada main game atau mendengar muzik bersama dengan Digi CILI Padi. Maklumat lanjut layari www.digi.my.


22 responses to “Wann, Noorshila Amin Tersingkir, Aura Juara Hardy Miza Semakin Hebat?”

  1. Anonymous says:

    Juri-juri tetap tidak professional langsung, tahap mengong…..

  2. Mak Jemah says:

    Test

  3. Hakim gegarwakanda says:

    Gegarvaganza pattern dh nmpk.

    Yg menang ala ala noryn aziz. Yg popular ala ala zamani dpt lagu yg bukan mknn mereka.

    Bg cabaran merepek2 suruh penyanyi lagu rock nyanyi lagu siti norhaliza lah. Atau rapping. Bila dia dpt buat dgn baik masih x diberi markah tinggi.

    Cuba bg lagu ting ting kat hardy mirza ni. Boleh ke buat dgn merdu mcm naqui. Semua lagu hady mirza dpt mmg lagu yg sesuai dgn dia. Try bg dia rapping atau nyanyi lagu yg bkn mknn dia. Boring. I got nothing against hady mirza but pemberian lagu pun mcm x sama rata.
    Ape2 pun…Naqui is the next top star.

    Next.!!

  4. Anonymous says:

    kenapa ruang komen abg nara mcm cacat jewwwww???

  5. kuku says:

    hady mirza

Loading...