Wanita Wuhan Disyaki Terjangkit #Coronavirus Menjerit Kerana Pintu Rumahnya Dipaku Pihak Berkuasa China

Trending

Wanita Wuhan Disyaki Terjangkit #Coronavirus Menjerit Kerana Pintu Rumahnya Dipaku Pihak Berkuasa China

Pihak berkuasa China kini telah dituduh menggunakan pendekatan membiarkan orang ramai ‘kebuluran dan mati’ selepas video mengejutkan menunjukkan polis mengurung keluarga yang disyaki terjangkit coronavirus untuk menghentikan penyebaran wabak itu.

Rakaman video yang dihantar kepada Metro UK menunjukkan sekumpulan lelaki bertopeng memaku rapat palang besi pada pintu rumah keluarga yang dikhuatiri telah dijangkiti virus berbahaya tersebut.

Advertisement


Dalam satu video, seorang wanita boleh didengar menjerit dan merayu sewaktu pegawai-pegawai yang memakai seragam mengunci rumahnya. Satu papan tanda di luar pintu rumahnya tertulis: ‘keluarga ini pulang dari Wuhan. Sila beredar. Jangan dekati mereka.”

Gambar: jika disyaki terjangkit coronavirus, pintu rumah rakyat China dipaku supaya terkurung dalam rumah.

Dalam satu video, seorang wanita didengar menjarit ketakutan apabila pintu rumahnya dipaku.

Pengurungan ini diarahkan oleh kerajaan China.

Papan tanda meminta orang ramai supaya menjauhi rumah yang dipaku pintunya.

Video ini dipercayai muncul dari Nantong di wilayah Jiangsu, tetapi undang-undang tapisan menyababkan lokasi asalnya sukar dijejaki. Aktivis hak asasi manusia Fengsuo Zhou memberitahu Metro UK bahawa dia telah melihat video seperti ini di sekurang-kurangnya empat lokasi berbeza dari seluruh negara.

Dia berkata, pengurungan mereka diarahkan oleh kerajaan pusat untuk menyembunyikan kritikan bahawa kerajaan terlalu lembap dalam bertindak menangani krisis coronavirus. Dia memberitahu:

Orang ramai berasa terdesak dan marah. Kerajaan China lebih memfokus menapis maklumat dari kebajikan rakyat kerana mereka tahu kredibiliti mereka sedang dicabar.

Mereka sudah cuba menyembunyikan maklumat penting ini terlalu lama. Doktor telah dimarahi oleh polis kerana bercakap tentang pandemik ini sebulan lepas lagi.

Coronavirus telah membunuh hampir 300 orang dan telah tersebar ke 24 negara sejak muncul di Wuhan pada Disember 2019. Bandar itu bersama dengan 20 negeri yang berjiran dengannya di wilayah Hubei telah ditutup lebih seminggu, mengasingkan lebih kurang 50 juta manusia dalam satu tindakan kawalan besar-besaran untuk mengelakkan wabak itu dari tersebar luas.

Gambar-gambar menunjukkan jalan-jalan yang sebelum ini sibuk kini kosong dan ditinggalkan, dan penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah untuk membeli makanan dan topeng wajah.

Bagaimanapun ada antara mereka yang dinafikan hak sebagai manusia apabila mereka diketahui telah dijangkiti dengan wabak selsema yang tampak seperti pneumonia tersebut.

Seorang aktivis hak asasi manusia yang berpengkalan di India dan hanya ingin dikenali sebagai Tarun berkata, orang ramai telah menutup jalan masuk ke Wuhan dan Hubei untuk menghalang penduduknya dari meninggalkan rumah.

Dia menuduh bahawa kerajaan China kini meninggalkan penduduk ‘kebuluran sebelum mati’ dan dia menyamakan tindakan tersebut seperti satu pembunuhan kejam.

Dia memberitahu:

Kawan saya beritahu orang ramai dan pihak berkuasa kini mengunci mereka yang disyaki telah dijangkiti di dalam rumah supaya mereka tidak boleh pergi ke tempat terbuka, kerana orang ramai tidak mahu terhubung dengan mereka.

Malah ada berita bahawa orang ramai telah mengambus jalan ke Wuhan/Hubei, supaya mereka yang tinggal di situ tidak dapat keluar ke kawasan lain kerana tidak mahu dijangkiti coronavirus.

Dia menambah dia mempunyai kawan di seluruh China yang kini semakin panik kerana keadaan telah menjadi bertambah teruk. Bagaimanapun mereka tidak dapat menyuarakan kebimbangan mereka kepada seluruh dunia kerana apa yang mereka dikatakan ditapis dengan teliti. Kerajaan China dikatakan telah cuba mendiamkan maklumat mengenai epidemik itu untuk tidak mengheboh-hebohkannya.

Berpuluh individu telah ditahan kerana ‘menyebarkan khabar angin’, perbincangan dalam talian telah ditapis dan wartawan telah diharamkan dari melaporkan mengenainya. Antara yang ditahan ialah seorang doktor yang memberi amaran mengenai wabak misteri itu melalui platform WeChat. Dia kini berada dalam keadaan kritikal kerana dijangkiti coronavirus, menurut satu badan hak asasi manusia.

Badan bukan kerajaan itu menambah, orang ramai yang dikuarantin dinafikan akses kepada ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa mereka, nasihat kesihatan awam dan keperluan lain yang merupakan satu pencabulan hak asasi manusia.

Badan itu berkata:

Pihak berkuasa di luar Hubei patut melarang diskriminasi dan gangguan kepada penduduk Hubei dan memastikan mereka mendapat akses kepada perumahan dan perubatan.

Mancabul hak asasi 10 juta manusia dalam usaha mengekang wabak coronavirus ialah tidak produktif. Bersikap telus dalam mendekati masyarakat yang bertamadun ialah pendekatan yang jauh lebih baik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...