Baru-baru ini, seorang wanita daripada China yang kini menetap di Pulau Pinang meluahkan rasa kesal kerana tiket masuk tempat pelancongan di Malaysia dibezakan dengan pelancong tempatan dan warga asing.
Wanita warga China tak puas hati harga tiket di Malaysia untuk pelancong mahal
Katanya, perbezaan harga yang ketara di sesetengah tempat pelancongan bukan sahaja membuat pelancong seolah-olah didiskriminasi, tetapi juga menjejaskan imej negara.
Wanita bernama Yin XiaoBai itu berkata biarpun dirinya menyukai suasana pantai dan selesa di Pulau Pinang tetapi isu harga tiket tempat pelancongan selalu menjadi isu besar dalam fikirannya.
Saya dah tinggal lebih setengah tahun di Malaysia. Penang memang best, tapi satu benda yang buat saya pelik – kenapa harga tiket untuk pelancong asing mahal sangat berbanding penduduk tempatan?
Yin XiaoBai turut berkata dirinya sebelum ini pernah membuat pusing ‘U-turn’ dan membatalkan niat untuk masuk ke tempat-tempat menarik kerana merasakan seperti diperlakukan tidak adil.
‘Malaysia cantik tapi tolong ubah sikit..’
Kadang-kadang saya sampai depan pintu masuk, tengok harga untuk pelancong lima kali ganda, terus hati jadi sakit dan saya pergi tempat lain. Malaysia memang cantik, tapi benda macam ni tolonglah ubah sikit.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu juga pertikaikan cukai yang dikenakan kepada warga asing, termasuk cukai hotel dan pembelian rumah dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) yang dikenakan dengan kadar tinggi.
Kalau tak boleh sama rata, at least asingkan sistem pembelian tiket supaya pelancong tak tahu mereka kena bayar lebih. Ini boleh kurangkan rasa tak puas hati.