Wanita dari Perak yang tular baru-baru ini kerana tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah oleh kerajaan disahkan positif COVID-19
Wanita itu yang berada di bawah pengawasan (PUS) COVID-19 itu dilaporkan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun bersama anak lelakinya.
Wanita berusia 72 tahun itu pada awalnya diuji negatif COVID-19 ketika dia tiba di Malaysia pada 4 Julai lalu. Namun, ujian kedua 13 hari kemudiannya menunjukkan bahawa dia dijangkiti COVID-19.
Dia dilaporkan mengunjungi restoran itu pada hari Isnin, 6 Julai.
“Dia sedang bersarapan bersama keluarganya di Perak. Dia dan anaknya dimasukkan ke hospital pada 17 Julai setelah kedua-duanya positif.”
Menurut perincian yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan, jumlah virus pada wanita itu adalah rendah, jadi risiko jangkitannya juga rendah.
Ketua Polis Daerah Ipoh A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan perkara itu dan menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Sementara itu, restoran yang dikunjungi wanita itu telah membuat proses pembasmian kuman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. 20 orang pekerja restoran tersebut juga akan diuji COVID-19 berikutan kejadian itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.