Wanita Tidak Dapat Tutup Mata Sepenuhnya Selepas Jalani Pembedahan Kelopak Mata

Trending

Wanita Tidak Dapat Tutup Mata Sepenuhnya Selepas Jalani Pembedahan Kelopak Mata

Seorang wanita China yang membelanjakan 13,000 yuan (RM 7,701.82) untuk pembedahan kelopak mata berganda tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya selepas pembedahan itu, walaupun ketika tidur.

Ramai orang Asia dilahirkan tanpa lipatan kelopak mata di atas garis bulu mata mereka, yang dipanggil ‘monolid’. Pada 1896, untuk mengatasi masalah estetik ini, pakar bedah Jepun, Mikamo telah membangunkan satu prosedur dipanggil blepharoplasty atau pembedahan kelopak mata berganda, yang sehingga kini sudah dilaksanakan berjuta kali.

Advertisement

Ia dikatakan pembedahan plastik paling tinggi permintaan di Asia Tenggara, Dan di negara seperti Korea Selatan, ia sudah dinormalisasikan sebagai satu kaedah untuk kelihatan lebih menarik.

Tetapi walaupun hasil pembedahan kelopak mata berganda boleh mengubah wajah seseorang menjadi lebih cantik atau kacak, dalam kes tertentu ia juga boleh membawa kesan buruk, contohnya individu itu tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya.

Oriental Daily baru-baru ini melaporkan kes seorang wanita China bernama Li yang membayar 13,000 yuan untuk melakukan pembedahan kelopak mata berganda dan pembedahan membetulkan epicanthus, tetapi kemudian menyesali keputusannya.

Dia dikatakan meminta pembedahan itu supaya matanya kelihatan lebih besar, tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya, dan kemudian meminta klinik yang dikunjunginya membuat intervensi supaya kesan kelopak mata berganda itu menjadi lebih jelas.

Para doktor bersetuju untuk membedahnya sekali lagi, tetapi kesan pembedahan kedua itu membuat kelopak matanya jadi lebih teruk dan dia tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya.

Klinik itu memberi penerangan bahawa perkara itu terjadi disebabkan pembedahan kedua dilakukan dalam masa terlalu dekat dengan pembedahan pertama, jadi parut dari kedua-dua pembedahan itu telah melekat, menyebabkan dia tidak dapat menutup matanya.

Wakil klinik itu didakwa memberitahu wanita itu kesan pembedahan tersebut memang normal disebabkan pembedahan dilakukan dua kali dan dia akan boleh menutup matanya seperti biasa apabila luka pembedahan benar-benar sembuh. Mereka juga menawarkan dia pembedahan ketiga untuk membetulkan masalahnya, tetapi wanita itu menolak, sebaliknya meminta wangnya dikembalikan.

Mendakwa dia terpaksa tidur dalam keadaan mata tertutup separuh, dan ia juga menyebabkan pandangannya kabur, Li berjaya mendapatkan pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM 17,773.44) dari klinik tersebut.

Dia kini mengharapkan matanya akan sembuh dengan sepenuhnya seperti dakwaan para doktor di klinik itu. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...