Wanita Terlantar, Tidak Boleh Berkomunikasi Dan Hilang Daya Ingatan Selepas Langgar Babi

Kehidupan

Wanita Terlantar, Tidak Boleh Berkomunikasi Dan Hilang Daya Ingatan Selepas Langgar Babi

Kemalangan melanggar babi ketika menunggang motosikal tahun lalu mengakibatkan seorang wanita kini terlantar di katil.

Suami kepada wanita itu, Nizam Aradin yang berusia 45 tahun berkata isterinya Nur Jannah Mohamad Dimyati,30 mengalami pendarahan di kepala dan cedera pada dada.

Advertisement

“Isteri dibenarkan pulang dari hospital pada pertengahan Oktober tahun lau namun tidak boleh berkomunikasi dan dia hilang daya ingatan. Sejak itu, Nur Jannah diuruskan seperti bayi dan bergantung sepenuhnya dengan susu khas yang perlu diberi setiap empat jam sekali melalui saluran tiub yang dipasang pada hidungnya”.

Nur Jannah

Menurut Nizam, dia tidak boleh bekerja sebagai penjaja ayam goreng selain sukar menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan membuat jeriji.

“Sebelum ini saya ada mengambil tempahan membuat jeriji rumah, tapi tidak dapat meneruskan kerja-kerja membuat jeriji kerana isteri tidak boleh mendengar bunyi bising akibat kesan kecederaan kepala dialaminya”.

Ketika kejadian yang menimpa Nur Jannah pada tahun lalu, dia menunggang motosikal bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun sedang dalam perjalanan ke Pekan Tanjong Karang. Akibat kejadian itu, dia mendapat kecederaan hingga menyebabkan dia terlantar manakala anaknya hanya mengalami luka kecil.

Mereka sekeluarga kini bergantung dengan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kesemuanya berjumlah RM1,000 sebulan.

“Hasil bantuan ini saya gunakan untuk membeli keperluan dan perbelanjaan kami sekeluarga”.

Nizam berkata doktor yang merawat isterinya memaklumkan Nur Jannah berkemungkinan sembuh dalam tempoh enam bulan.

“Alhamdulillah, sejak sebulan lalu isteri sudah menunjukkan perubahan positif dan sudah mula boleh bercakap selain ingatannya beransur pulih”.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi talian 017-3271772.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...