Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di TikTok apabila seorang wanita berkongsi suasana yang kurang menyenangkan di sebuah kedai tekstil terkenal iaitu Muaz.
Menerusi video tersebut, kelihatan baju Melayu, samping dan pelbagai jenis pakaian telah dipunggah dan diselerakkan oleh para pelanggan.
Wanita tersebut terkejut melihat keadaan pakaian di rak pameran tersebut disepahkan dan dilonggokkan begitu sahaja.
Tengok longgokan ini, korang kenapa eh? Saya tak salahkan staf Muaz langsung.
Saya salahkan korang yang datang pergi serbu ni. Nampak macam kita dalam ‘zombie apocalypse’.
Wanita itu turut berkata, pakaian yang murah itu tidak memberi tiket kepada para pelanggan untuk sesuka hati membuat sepah di dalam kedai berkenaan.
Ya Muaz sangat berbaloi dengan hype nya. Baju cantik, samping, kurta semua murah.
Tapi agak-agaklah kalau datang serbu pun. Takyahlah buka bungkusan dia lepastu campak dekat lantai.
Baju kualiti premium, harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa kejadian ini berlaku pada setiap tahun.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.