Wanita Terkejut Lahirkan Tiga Orang Anak Pada Tarikh Yang Sama

Dunia

Wanita Terkejut Lahirkan Tiga Orang Anak Pada Tarikh Yang Sama

Seperti yang kita tahu, perancangan keluarga boleh didefinisikan sebagai satu tindakan untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk satu-satu pasangan itu mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang diingini oleh pasangan suami isteri dalam perkahwinan.

Menurut Islam, hukum merancang keluarga terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya, harus untuk merancang keluarga jika ia dilakukan bagi memelihara kesihatan selepas mendapat nasihat daripada doktor pakar sakit puan.

Advertisement

4 years ago

Suntikan Perancang Keluarga Pertama Di Dunia Untuk Lelaki Mungkin Wujud Enam Bulan Lagi

Kedua, makruh sekiranya ia hanya sekadar suka-suka di samping risau terhadap rezeki pasangan dan anak pada masa hadapan. Ketiga, haram merancang keluarga jika ia dilakukan hanya kerana takut jatuh miskin.

Oleh itu, perancangan keluarga ini sebenarnya dibolehkan cuma perlu ada sebab dan penjelasan yang munasabah. Bagi individu yang menganut agama lain, merancang keluarga adalah satu perkara yang dibolehkan.

Seorang wanita lahirkan tiga anak pada tarikh yang sama

Menurut laporan KOSMO, seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat tidak menjangkakan yang dia sudah melahirkan tiga orang anaknya pada tarikh yang sama sepanjang tempoh enam tahun lepas.

Wanita tersebut yang bernama Kristin Lammert telah melahirkan ketiga-tiga anaknya pada tarikh 25 Ogos dengan berselang tiga tahun bermula dari tahun 2015. Lebih mengejutkan kerana kesemua anaknya itu adalah anak perempuan.

Anak pertamanya bernama Sophia dikurniakan adik perempuan bernama Giuliana pada ulangtahun kelahirannya yang ketiga dan pada 25 Ogos baru-baru ini, mereka berdua mendapat adik perempuan baru yang diberi nama Mia.

“Ketika melahirkan Mia, saya amat terkejut dan ianya bagaikan satu takdir yang menakutkan,” kata Kristin Lammert

Menurut Kristin Lammert lagi, dia dan suaminya sememangnya merancang untuk melahirkan Sophia pada tempoh masa tersebut namun tidak untuk Giuliana dan Mia.

Wanita lahir 3 anak pada tarikh sama

Wanita lahir 3 anak pada tarikh sama

Wanita lahir 3 anak pada tarikh sama

Gambar ketiga-tiga anak Kristin Lammert ketika dilahirkan

Kelahiran Giuliana hanya melibatkan perancangan untuk menjarakkan kehamilan selama tiga tahun, manakala Mia dirancang untuk dilahirkan selepas 1 September.

Selain itu, Kristin Lammert juga perlu menjalani prosedur mencetuskan kelahiran kerana menghadapi sedikit komplikasi sebelum melahirkan anak.

Namun, tarikh kelahiran tersebut bukanlah dirancang serta doktor tidak akan mencetuskan kelahiran semata-mata kerana tarikh itu kelihatan ‘cantik’.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...