Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai perkongsian seorang wanita yang menerima satu nota daripada orang awam di cermin keretanya.
Menerusi memo yang ditinggalkan, dia diberitahu bahawa terhadap seekor ular di bahagian enjin keretanya.
Susulan itu, dia bertindak menghubungi balai bomba yang terdekat dan apabila pihak bomba tiba, dapat dilihat seekor ular sawa yang bersaiz besar sedang melingkar di bahagian enjinnya.
Sambil menjalankan tugas mereka untuk mengeluarkan ular tersebut, salah seorang anggota bomba itu sempat berseloroh kepada wanita itu dengan mengatakan jika dia ingin membelanya atau bawa dari kampung halaman.
Bayangkan kalau tak ada hamba Allah yang berhati mulia tu tinggalkan nota, mau kena belit dalam kereta.
Dalam pada itu, wanita itu sempat mengucapkan terima kasih buat individu yang meninggalkan nota tersebut kerana nota itu telah menyelamatkan dirinya daripada ancaman.
Terima kasih hamba Allah yang tinggalkan nota atas kereta saya.
@risshas “Dah takde haiwan lain ke kau nak bela? ” Pengalaman pertama saya ular masuk dalam kereta😂 Tah la nak rasa takut ke exited. Mujur lah ade hamba Allah baik hati tinggalkan nota kat cermin kereta, kalau tidak tak tau la apa jadi. Hanya Allah yang dapat balas jasa mu. Terima kasih jugak abang² bomba yang tolong, jasamu dikenang 🫡 Maaf yang ni saya takleh nak sattle sendiri..sebab cikgu saya dulu tak ajar main ular, dia ajar main tali je. Sekian laporan saya. #ularsawa #bombamalaysia #abangbomba #celorengmerah #ular #bombasentul #kl #makananviral #fypシ #foryou #viral #fyp #masukberandafyp #foryourpage ♬ I Can Do Anything / Finale – Christopher Lennertz
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat saiz ular tersebut dan orang ramai juga berterima kasih kepada insan yang telah meninggalkan nota tersebut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.