Wanita Terima Kecaman Selepas Persoal Gen Z Guna Kipas Sambil Jalan – “Ini Pun Jadi Isu?”

Kehidupan

Wanita Terima Kecaman Selepas Persoal Gen Z Guna Kipas Sambil Jalan – “Ini Pun Jadi Isu?”

Baru-baru ini, tular satu hantaran di aplikasi X apabila seorang individu telah berkongsi satu tangkap layar mengenai pendapat seorang wanita di platform Threads.

Menurut wanita tersebut, dia berasa terkejut melihat golongan Gen Z kerap memakai headphone dan memegang kipas tangan sambil berjalan di khalayak umum.

Advertisement

Benda yang aku culture shock dengan gen z sekarang adalah pakai headphone sambil berjalan dan pegang kipas sambil berjalan.

 

Daripada status kakak dah convert jadi makcik. Rasa tua weh.

thread

Hantaran itu kemudiannya disokong oleh seorang pengguna Threads yang lain yang mengatakan dia hairan generasi sekarang tidak boleh berpanas.

Rasa pelik ala gen z ni takkan panas sikit pun tak boleh.

 

Pergi bazar kipas tak lepas dari tangan, saya okay je berpanas peluh sikit.

thread

 

Pandangan tersebut membuatkan pengendali akaun X itu berasa bingung dengan sikap warganet yang menjadikan perkara itu sebagai satu isu.

Malaysia panas kot dan sesetengah orang memang tak selesa bila berpeluh sebab melekit, bau dan sebagainya. Kenapa ni jadi satu masalah besar?

Dia turut menambah orang dahulu juga menggunakan kipas tangan tidak kira di mana pun mereka berada cuma yang membezakan adalah sekarang lebih mudah kerana teknologi yang semakin canggih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa perkara ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu isu.

komen twitter

Ramai berpendapat masyarakat perlu menggunakan teknologi yang ada untuk memudahkan urusan harian.

komen twitter komen twitter

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

4 days ago

“Bahagianya Hidup Seorang Scammer” - Bagi ‘Hint’ Bakal Berkahwin, Individu Tuntut Kim Seri Bayar Hutang Dulu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...