Wanita Telefon 999 Minta Bantuan Diserang Perompak Ganas, Tapi…

Kehidupan

Wanita Telefon 999 Minta Bantuan Diserang Perompak Ganas, Tapi…

Dari kita kecil lagi kita sudah diajar tidak boleh membuat panggilan kepada 999, kerana nombor tersebut hanya boleh didail ketika betul-betul dalam kecemasan.

Ketika berlaku kecemasan pastinya nombor tersebut yang akan terpalit di fikiran kita terlebih dahulu. Begitu juga dengan seorang wanita dari Rawang apabila rumah mereka dimasuki perompak.

Advertisement

Wanita ini telah kongsikan kisah ngeri yang berlaku pada 5 Ogos lalu di akaun Facebook miliknya.

Perompak pecah masuk rumah

Menurut Thivyah Veelurajan, pada jam 2.30 pagi, kakaknya masuk ke biliknya bersama bayi berusia 8 bulan. Dia memberitahu saya bahawa ada orang yang nak pecah masuk ke rumah kita.

Telefon 999 minta bantuan, tetapi disuruh telefon bilik gerakan

Mereka terus menelefon 999 pada jam 2.37 pagi untuk melaporkan tentang perompak tersebut, tetapi mereka menyuruh mereka menelefon bilik gerakan pula untuk minta bantuan dan mendapatkan respon segera.

Kami menelefon 999 pada jam 2.37 pagi. Pastinya itu sahaja nombor yang boleh diingati semasa tengah dalam masalah macam ini. Tetapi mereka menyuruh kami menelefon bilik gerakan pula supaya mereka boleh mengambil tindakan segera.

Berapa ramai orang yang tahu apa itu bilik gerakan dan nombor dia? Kalau korang tidak tahu lebih baik ambil tahu dari sekarang kerana 999 bukan nombor yang sepatutnya dihubungi apabila berlaku kecemasan.

Perompak cederakan keluarga

Para perompak telah menetak kepala ayahnya dengan parang

Tidak lama selepas itu, Thivyah mendengar jeritan dari ibu, mak cik dan neneknya.

Saya terpaksa meninggalkan kakak dan anaknya di dalam bilik dan berlari ke bawah untuk membantu mereka.

Semasa kejadian 3 lelaki bertopeng telah menyerang keluarga mereka dengan kejam.

Para perompak ini telah menetak kepada bapa saya yang berumur 67 tahun dengan parang dan dipukul dengan kayu. Bukan itu sahaja mereka turut memukul ibu saya yang berumur 65 bersama mak cik.

Nenek umur 90 tahun diseret satu rumah

Nenek saya yang berusia hampir 90 tahun diseret keliling rumah tanpa belas kasihan. Manakala kakak saya dan bayinya diugut dengan parang.

Hanya mampu tunduk dan merayu

Pada masa itu saya hanya berharap dapat menjadi super hero! Tetapi apakan daya saya hanya manusia biasa! Apa yang saya mampu lakukan adalah tunduk di kaki mereka dan merayu supaya ahli keluarga tidak dicederakan.

Merayu pada perompak jangan cederakan keluarga

Nasib ketika kejadian tiada nyawa yang melayang selama 45 minit mereka diserang sebelum tiga perompak ini lari dengan kereta Thivya.

Tiada seorang polis datang

Apa yang paling mengecewakan, selama 45 minit mereka diserang tiada seorang anggota polis yang datang.

Menurut Thivya lagi, beliau sudah membuat panggilan kecemasan pada pukul 2.37 pagi, kakaknya pula membuat satu lagi panggilan beberapa minit kemudian.

Selepas itu lagi satu lagi panggilan telah dibuat pada 3.30 pagi dan operator memberitahu bahawa alamat yang diberikan salah.

Saya nampak kereta polis dekat hujung jalan rumah. Saya tahu anda nampak perompak itu lari dengan kereta saya. Perompak itu masuk kereta depan mata korang!

Perompak tersebut lari melepasi kereta polis dengan tidak buka lampu, kenapa tak kejar mereka?

kejadian ini berlaku selama 40 minit

 

Polis sudah datang di lorong belakang rumah, sampai dekat rumah ketiga berhampiran dengan rumah kami. Tetapi pusing balik dan letakkan kereta di hujung jalan dan berhenti selama 17 minit sehingga perompak tersebut dapat melarikan diri.

Sebagai polis anda mencari rumah dari situ ke?

Menurut Thivya beliau ingin mengetahui SOP 999. Beliau juga telah memberitahu pegawai polis kejadian sebenar tetapi mereka tidak mengambil serius tentang hal ini.

Mereka hanya menghantar 2 orang pegawai polis dalam masa sejam.

Hantaran yang ditulis oleh saya bukan untuk menyalahkan sesiapa. Saya telah berjumpa dengan ramai pegawai polis yang bagus selepas insiden ini dan melakukan tugasan dengan baik.

Tetapi apa yang penting, talian kecemasan 999 perlu diperbetulkan!

talian kecemasan 999 perlu dibetulkan

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Siapa lagi yang boleh kita bergantung selain pihak polis? Kerana tugas mereka adalah untuk melindungi kita.

 

Semoga kejadian yang berlaku kepada keluarga Thivya dapat diambil pengajaran oleh pihak polis untuk mengubah sistem talian kecemasan. Talian 999 adalah nombor paling senang untuk diingati oleh semua orang ketika berlaku kecemasan.

 

Sumber: Facebook

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...