Seorang wanita menitipkan pesanan agar mereka yang bergelar ibu untuk berpakaian lebih sopan ketika menghantar anak ke sekolah demi menjaga air muka.
Tulisnya di Threads, makin ramai ibu-ibu yang menghantar anak ke sekolah dengan memakai legging atau seluar sukan ketat dan baju yang singkat.
Nampak lekuk lekuk ehem ehem di depanmu. Pastu sampai pagar depan sekolah peluk cium anak lama-lama, tertonggeng-tonggeng dah nampak bentuk punggung pula. Kesian kaum bapa yang hantar anak-anak pagi-pagi, pelajar lelaki duk lalu lalang, guru lelaki pula jaga pagar sekolah.
Beberapa individu dilihat bersetuju dengan saranan wanita berkenaan dan berpendapat semua orang perlu mematuhi etika pemakaian ketika berada di kawasan bangunan kerajaan termasuklah sekolah dan klinik.
Dalam pada itu, seorang guru berkongsi tentang kes di mana anak muridnya bergaduh hingga bertumbuk dengan pelajar lain kerana berang ibunya diejek seksi.
Budak itu sangat pendiam, bukan jenis kaki gaduh. Dia beritahu kawan kawan ejek maknya. Maknya freehair. Pakai legging dan pakai baju baby T. Tak kisahlah freehair atau tak, pakailah sopan. Kesian dekat anak. Dah jadi bualan di sekolah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.