Melalui laporan Sinar Harian, seorang wanita membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi pengapit buat rakan baiknya selepas menerima e-mel yang meminta dirinya membayar 70,000 Rupee (RM3,600).
Terkejut dapat e-mel kena bayar duit dengan jumlah yang banyak
Pada mulanya, dia berasa gembira dan teruja kerana dapat berada di sisi rakan baik yang sudah dikenali sejak di bangku sekolah sepanjang hari bersanding.
Bagaimanapun, kegembiraan tersebut ‘musnah’ selepas menerima satu e-mel kejutan yang menyenarai perbelanjaan besar yang perlu ditanggung oleh pengapit.
Terkejut dengan jumlah yang terpapar di dalam e-mel berkenaan, wanita tersebut bertanya terus kepada si pengantin dan memaklumkan dia tidak mampu untuk menanggung kos sebanyak itu kerana mempunyai komitmen lain seperti bayaran balik pinjaman pelajar dan simpanan peribadi.
Pengantin bertegas jumlah perlu dibayar ‘biasa-biasa’ saja
Namun begitu, rakan baiknya tetap berkeras dengan menyatakan perbelanjaan tersebut adalah jumlah ‘biasa’ dalam perkahwinan moden.
Saya hanya mahu memastikan semuanya sempurna, dan kos ini memang perlu. Jika awak tidak mampu menjadi pengapit saya, saya faham, tetapi saya tidak boleh mengubah rancangan ini untuk orang lain.
Susulan memuat naik kisah ini di platform media sosial, ia sememangnya menjadi perdebatan netizen, di mana ada yang berkata jika pengapit tidak mampu untuk membayar, katakan saja kepada pengantin tetapi hadir di majlis persandingan.