Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Tiada seorang pun ahli keluarga wanita yang dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka semalam, telah datang melawatnya setakat ini.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pekerja di Wad Psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur yang enggan dinamakan.
Menurutnya, sejak dimasukkan ke wad itu, wanita tersebut tidak menerima sebarang pengunjung dan pekerja-pekerja wad tersebut telah menerima arahan dari pihak Hospital untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang wanita itu kepada pihak media.