Seorang wanita menjadi tumpuan berikutan pendedahannya mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwanya telah membuat dirinya hamil.
Wanita tersebut, yang dikenali sebagai Hana itu berkata, dia telah ditawarkan sejumlah wang oleh pelakon lelaki itu bagi tujuan mengugurkan kandungan.
Tambah Hana, pelakon itu memberi alasan kejadian itu bakal menutup periuk nasinya serta populariti yang dikecapi kini.
Saya nak bagitahu yang saya ada kenal dengan seorang artis ini, nama dia adalah (tak didedahkan).Saya dengan dia dah memang terlanjur dan kemudian saya dapat tahu yang saya dah hampir sebulan mengandung.
Kemudian saya bagitahu dia tetapi dia sanggup bagi duit untuk saya gugurkan.
Malah menurut Hana, pelakon itu telah menyekat sebarang hubungan dan bertindak menghilangkan diri.
Sepanjang setahun kenal, macam-macam janji dia bagi nak kahwin dan jaga saya tapi sekarang ini dia menghilang.Saya memang sedih sebab dia buat saya macam ini. Dia memang tak guna sebab dah janji nak kahwin dan jaga saya.
Tapi bila saya mengandung, dia bagi duit untuk gugurkan, terus pergi dan tak ‘contact’ saya pun.Masa itu saya adalah wanita yang sangat bodoh sebab percaya cakap lelaki. Bila dah jadi macam ini, saya tak tahu kedepan nanti apa yang akan jadi.”
Hana juga menafikan sebab dia membuat pendedahan ini adalah untuk mendapat populariti sebaliknya hanya ingin memberi amaran kepada wanita di luar sana.
Dia juga berharap pelakon lelaki itu tampil dan memberikan kerjasama sewajarnya.
Tolong jadi lelaki bertanggungjawab. Macam-macam janji manis yang awak bagi tapi bila saya jadi macam ini awak terus tinggalkan saya.
“Terus terang, saya tak tahu kenapa awak buat saya macam ini. Yang awak fikirkan ialah maruah awak dan keluarga awak saja. Macam mana pula dengan maruah saya dan keluarga saya?” ujarnya ketika ditemui Melodi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.