Wanita Takut Bagitau ‘Family’ Dah Diceraikan, Pernah Dihalau Suami Hanya Sebab Tak Bayar Bil Kedai Makan

Kehidupan

Wanita Takut Bagitau ‘Family’ Dah Diceraikan, Pernah Dihalau Suami Hanya Sebab Tak Bayar Bil Kedai Makan

Hanya kerana isteri enggan mengikuti kehendak suami dan tunaikan permintaannya, seorang lelaki tergamak menghalau wanita itu keluar dari rumah.

 

Advertisement

Tak sempat masak? Bayarlah bil dekat restoran!

Kisah ini diceritakan sendiri oleh wanita itu sendiri yang meluahkan rasa sedihnya apabila suami menganggap isteri sendiri sebagai beban.

Bukan itu sahaja, suaminya juga mempunyai satu pemikiran di mana isteri perlu membayar jumlah bil makanan di restoran apabila mereka makan di luar kerana tidak sempat memasak pada hari bekerja.

 

Anggap isteri beban sebab perlu tanggung makan

Kata wanita itu lagi, semuanya berpunca apabila dia dianggap sebagai bebanan yang perlu ditanggung makan walhal segala perbelanjaan dapur, kelengkapan diri, perhiasan, kereta dan minyak si isteri tanggung sendiri.

Advertisement

Duit belanja bulanan pun suami tak pernah bagi, dia hanya tanggung makan semata-mata sekiranya terpaksa makan di luar rumah kerana tidak sempat selepas pulang kerja.

Lebih menyedihkannya, suami pernah mengaku dia melakukan kesilapan besar mengahwini wanita itu selain turut mengungkit segala wang yang habis dibelanjakan untuk majlis kahwin.

kahwin

 

Takut bagitahu keluarga dah diceraikan suami

Akhirnya, rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun itu hancur namun wanita tersebut masih belum memberitahu keluarganya bahawa dia dihalau dan telah dicceraikan suami ekrana takut dimarahi.

Saya kata datang (rumah ibu bapa) untuk outstation. Saya bekerja dan tiada anak. Abang dan kakak saya jenis suka marah kalau adik di dalam kesusahan. Saya buntu nak terangkan situasi ini pada ibu bapa, saya tak mahu mereka susah hati.

Ramai warganet yang membaca luahan itu memberikannya kata-kata semangat namun sesetengah daripada mereka berkata memang patut dia bercerai kerana lelaki sebegitu tidak sesuai dijadikan suami.

komen

suami ludah dalam air minuman
12 bulan lalu

"Suami Kata Padan Muka Saya.." - Wanita Hairan Asyik Cirit Birit Lepas Bergaduh, Rupanya Suami 'Kantoi' Ludah Dalam Minuman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...