Seperti yang kita tahu, wanita lebih sukar untuk turunkan berat badan jika dibandingkan lelaki.
Tapi sebab apa. Apa perbezaan di antara lelaki dan wanita sampai susah sangat kaum Hawa ni susah sangat nak kuruskan badan.
Haa..6 sebab pelik ni mungkin jadi punca. Anda sendiri pun akan terkejut!
1. Masalah HORMON, biasa la tu..
Oleh kerana perubahan hormon, wanita sukar untuk menurunkan berat badan. Ini berlaku terutama ketika datang haid apabila perut wanita menjadi kembung dan berat.
2. Jisim otot kurang dari lelaki
Tidak seperti lelaki, wanita kekurangan jisim otot, mengurangkan peluang kehilangan berat badan. Jika membina otot, anda pasti akan senang kurus. Tapi akan rasa macho la sebab ada otot!
3. Metabolisme menurun
Untuk turunkan berat badan, anda perlu tingkatkan kadar metabolisme. Jika metabolisme anda tinggi dan pada kadar yang baik, memang senang sangat nak kuruskan badan.
4. Ubat-ubatan pun boleh jadi punca
Wanita yang mengambil pil perancang akan mengalami kesan kenaikan berat badan. Jadi, jika anda mahu mencegah kehamilan, lebih baik dapatkan dalam bentuk suntikan.
5. Kurang tidur
Wanita perlu lebih tidur dari lelaki. Pastikan anda mendapat cukup tidur 7 hingga 8 jam setiap hari. Kurang tidur buatkan anda lebih rasa lapar dan tidak aktif.
6. Salahkan Thyroid
Hipotiroidisme adalah masalah biasa yang dihadapi oleh wanita, yang menyebabkan pertambahan berat badan. Jika anda mengalami masalah tiroid, dapatkan rawatan terlebih dahulu.