Mempunyai jiran yang baik juga adalah salah satu bentuk rezeki dan kerana itu jugalah wanita ini tidak kisah untuk membeli peti ais baru buat jirannya yang sedang memerlukan.
Menerusi satu perkongsian di X, wanita tersebut menceritakan tentang jirannya yang menyembunyikan kesusahan dilalui kerana enggan menyusahkan sesiapa.
Katanya, pada satu hari dia telah ke rumah jirannya dan ketika itu barulah dia tahu bahawa peti ais milik wanita berusia 50-an tersebut sudah rosak selama tiga bulan.
I baru tahu waktu tu. Dia tak pernah cerita kesusahan kat I. I bebel kat dia kenapa akak tak bagitahu saya.
Wanita itu turut berkata kepada jirannya, dia boleh sahaja menggunakan peti sejuk beku yang dimilikinya di tepi rumah untuk letakkan ikan, ayam atau apa sahaja lauk basah tanpa perlu memaklumkan atau meminta izin.
Tapi dia cakap banyak kali dia taknak cerita sebab taknak susahkan sesiapa. Balik rumah I terus nangis sebab rasa useless sangat, jiran depan rumah tengah susah I hari hari masak lauk dengan senang hati.
Menangis terharu, ucap terima kasih
Dia kemudian terus membeli peti ais baru secara atas talian dan apabila barang tersebut sampai di rumah, jirannya menangis terharu dengan kebaikannya.
Dia cakap terima kasih sebab mudahkan urusan dia untuk bulan puasa dan raya nanti.
Ceritanya lagi, dia mempunyai hubungan yang baik dengan jiran yang sudah dianggap seperti keluarganya dan akui wanita itu dan arwah suaminya mempunyai peribadi yang sangat baik.
Suami dia baik sangat, layan I macam anak sendiri. Rindu kat arwah. Suami isteri baik betul takde mengumpat orang sana sini, humble sangat. I sayang jiran I.
update : udah bergaris hahaha biasalah dia ada anak lelaki kecil. asalkan kita dah buat tugas kita dah la 😘 saja datang rumah dia ajak membawang padahal nak tahu keadaan dia je ok ke tak, kalau tak ok i ajak dia bersila suruh dia meluah 🤪 pic.twitter.com/hdJE9CXT8N
— ummi (@stfckh) February 16, 2025
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.