Wanita Serik Mengandung Lagi Kerana Suami Tidak Pernah Tolong Uruskan Anak

Trending

Wanita Serik Mengandung Lagi Kerana Suami Tidak Pernah Tolong Uruskan Anak

Alam rumahtangga memang banyak cabarannya. Disebabkan setiap orang lain cara pemikiran, maka sikap mereka dalam menangani sesuatu masalah juga berbeza. Begitu jugalah masalah seorang wanita yang meluahkan kisah rumahtangganya pada seorang pengguna Facebook bernama Kak Aishah.
ZuriatAN

Apa yang diceritakan oleh wanita ini mungkin merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh wanita, kerana suami tidak ada rasa tanggungjawab untuk membantu isteri menguruskan anak-anak, dan mengabaikan tekanan perasaan serta kemurungan yang dihadapi oleh wanita yang baru bersalin.

Advertisement


Ikuti cerita wanita itu:

“Assalamualaikum kak Aishah.

Saya nak buat pengakuan sedikit tentang ROYAN. Ya. Saya adalah seorang ibu kepada 2 orang anak lelaki yang kian membesar. Yang kecil masih lagi 8 bulan.  Sebelum ni saya tak sangka royan to boleh membawa maut kepada ibu. Dan tidak sangka boleh bawa maut kepada anak sama.

Bermula mengandung kali kedua, minta suami mandikan, tapi…

Kisahnya bermula bila saya disahkan mengandung kali kedua. Masa tu anak pertama masih kecil. Belum pandai berjalan. Saya terpaksa akur dengan kehendak suami yang kata nak anak cepat. Saya letakkan syarat, yang penting, jaga mereka sama sama. Dia setuju.

Time flies very fast. Setelah bersalin, masa dekat wad bersalin, saya kepenatan, letih. Tapi tetap nak bangun mandi, sebab badan dah mula gatal.

Alang alang suami dan ibu ada, saya minta suami teman kan saya mandi. Saya cuma minta dia siram belakang saya je kak. Dia boleh kata,’takkan nak abang mandikan sayang. Kotor lah nanti.

Masa tu, saya rasakan, hina ke kau mandikan aku ni? Aku minta kau siram belakang guna kepala shower tu je. Sebab aku tak larat sangat nak berdiri.

Sebelum sebelum ni kau galak sangat nak mandi sama. Dah sehingga ke hari ini, saya dah tak nak mandi dengan dia kak. Menitis air mata saya sambil taip mesej dekat akak ni.

Suami tidak mahu tolong jaga anak, “ini zuriat terakhir buatmu.”

Selama saya dalam tempoh berpantang di rumah ibu saya, dia jarang hadirkan diri nak tolong uruskan anak anak. Lebih lebih lagi anak sulung yang kian melasak. Panjat sana sini. Masa ada adik, umur dia  satu tahun empat bulan. Lasak, bukan main. Ibu sampai demam handle si abang.

Suami? Dia hanya kata, busy kerja. Buat itu ini.

Saya sampai kata dalam hati, inilah anak kau yang terakhir, zuriat yang terakhir aku kandung untuk kau. Pandai pandak lah kau manfaat kan depa berdua.

Saya jadi macam tu sebab kata-kata yang dia sebutkan tu dan cara dia layan anak anak.

Dikatakan ‘pemalas’ oleh suami

Sehingga satu malam tu, anak saya menangis. Suami tak ada, ibu pula terpaksa kerja lebih masa, sebab ibu pun kerja.

Saya sampai rasa darah tu naik sampai kepala. Marah teramat. Baby menangis, abang menangis. Sambil saya pujuk dua-dua, sambil saya sendiri menangis.

Dan, esoknya, saya masih tidur jam 9.00 pagi. Suami datang kejutkan, goncang kaki saya kuat kuat sampai kesan jahitan rasa macam pedih. Dia kata, pemalas, bangunlah, dah pukul berapa ni? Pedihnya hati saya masa tu. Dia sikit pun tak bantu.

Minta bersetubuh, tapi saya tak kuat lagi…

Dan, beberapa hari sebelum saya habis pantang dia tanya, “darah dah habis ke?”

Lepas tu dia minta untuk bersetubuh, meronta saya tak nak, tapi tubuh saya tak kuat lagi kak. Apa yang saya boleh buat? Kesan dia, kelangkang saya sakit sehingga hari ni. Jalan sedikit kengkang.

Dan saya pernah berkata dalam hati, untuk setiap bersetubuh akan datang, sikit pun aku tak ikhlaskan. Sebab kau hanya sekadar nak settlekan rasa puas kau.

Sudah tawar hati…

Sehingga hari ini, kalau dia kata nak anak, saya kata, kawinlah yang lain. Saya tak nak anak lagi dah.

Kalau dia ajak mandi sama, biasanya saya akan mandi dulu lebih awal. Kadang saya kata, saya tak nak langsung mandi dengan abang. Kan badan saya kotor.

Dan kalau dia kata nak bersetubuh, biasanya saya akan tidur berasingan dari dia. Atau saya bawak anak anak tidur sekali.

Bodohkan isteri macam saya ni. Tak kejar syurga langsung. Sikit pun tak kejar. Ya. Saya bodoh. Tapi pada saya kalau tak ikhlas masih lagi berdosa.

Hampir bunuh diri dan anak…

Dan kini, bila anak menangis, saya masih menangis sama dan pernah hampir membunuh diri sebab tak tahan. Anak saya, hampir saya campak dan cekik. Hampir saya mencederakan mereka. Tapi cepat-cepat saya fikir.

Mungkin hari ini saya tahan, tapi esok lusa macam mana? Saya ikhtiar cara hilangkan royan. Dan bila saya nampak salah satunya mengandung lagi, saya makin serik. Kalau jadi lagi macarn tempoh hari, macam mana? Saya tak nak.

Saya pernah kata dekat ayah saya, “tolong jaga akak balik. Akak tak nak orang lain jaga akak lagi dah. Cukuplah ayah dengan ibu je.”

Ayah cuma nasihat saya jangan jadi macam tu. Tapi, saya tak tahu dia nasihat kan menantu dia sama atau tidak. Tapi saya rasa tak. Sebab masih lagi dengan perangai dia yang lama.

Bodoh betul saya ni, kahwin dengan orang macam ni. Konon pandai pilih buat suami.

Kau hanya perempuan untuk dia melampias nafsu semata…

Saya minta maaf sebab saya bodoh bercerita hal ni pada orang. Tapi saya nak mereka sedar, sedar dengan siapa awak nak jadikan suami.

Caranya tengok sejauh mana dia sayang mak dia. Kalau setakat cakap dengan mak dia sendiri pun tak pandang muka, percayalah, kau hanya perempuan untuk dia melampias nafsu semata, dan tempat untuk dia achieve title SUAMI, LAKI ORANG, DAN BAPAK BUDAK.

Sayang diri sendiri dan mak ayah kau sebelum kau sayang orang lain yang bakal kau berkongsi hidup dengan kau.

Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa untuk hilangkan royan saya. Bantu saya boleh kak?”

Sekarang sudah biasa terdengar bahawa tidak semua mengenai perkahwinan itu indah. Kisah ini adalah antara kisah yang boleh membuatkan wanita bujang berasa takut untuk berkahwin. Oleh sebab itu, sebelum berkahwin, cubalah mengenali sikap sebenar bakal suami, dan mintalah pertolongan dari Allah untuk kita membuat pilihan yang tepat dengan bersolat istikharah.

Jangan berkahwin hanya untuk settle down, atau kerana terpengaruh melihat orang lain berkahwin, kerana andalah nanti yang menanggung akibatnya.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...