Wanita Sembur Cecair Pembasmi Kuman Pada Makanan Selepas Terpengaruh Dengan Ucapan Donald Trump

COVID-19

Wanita Sembur Cecair Pembasmi Kuman Pada Makanan Selepas Terpengaruh Dengan Ucapan Donald Trump

Penularan pandemik COVID-19 jelas mampu menggusarkan hati dan fikiran seluruh masyarakat sejagat, ekoran masih tiada vaksin yang berjaya ditemui sehingga hari ini.

Hal ini menyebabkan ramai daripada kita sanggup melakukan pelbagai perkara yang tidak masuk akal untuk mengelak daripada dijangkiti virus yang boleh membunuh itu.

Advertisement

Sama seperti apa yang berlaku kali ini, seorang wanita British dipercayai telah bertindak menyembur cecair pembasmi kuman di dalam makanannya sebelum menjamah makanan tersebut supaya tidak dijangkiti COVID-19.

Tindakan tersebut dibuat gara-gara terpengaruh dengan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam sidang media baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, perkara itu telah didedahkan sendiri oleh seorang pengulas politik di sana iaitu Kevin Maguire menerusi laman Twitter.

Gambar Hiasan

Dalam ucapan berkenaan, Donald Trump dikatakan telah mencadangkan bahawa COVID-19 boleh dirawat dengan menyuntik pembasmi kuman dalam badan. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah pun ditolak oleh pakar perubatan berikutan tiada kajian saintifik yang membuktikan perkara itu.

Advertisement

Penasihat kerajaan juga turut serta memberi amaran untuk tidak menyuntikkan pembasmi kuman setelah tuntutan Donald Trump itu dibuat.

Selain itu, Presiden AS itu dikatakan turut mengeluarkan ucapan berbaur sindiran untuk memujuk orang ramai menguji sendiri keberkesanan cecair pembasmi kuman tersebut sama ada melalui kulit atau dengan cara lain.

Donald Trump

Saya lihat pembasmi kuman mampu mencuci dalam masa satu minit.

Satu minit! Dan bukankah kita akan dapat melakukan sesuatu sama ada dengan suntikan di dalam tubuh badan atau membuat pembersihan menyeluruh?

Akibat daripada kejadian itu, syarikat pengeluar cecair pembasmi kuman terpaksa tampil untuk memberi kenyataan rasmi kepada orang ramai bagi mengelak kejadian berikut berlaku lagi memandangkan perkara tersebut telah diucapkan oleh orang yang berpengaruh seperti Donald Trump.

Sebelum ini, sepasang suami isteri dikatakan telah menjadi mangsa ucapan tersebut, apabila mereka dimasukkan ke hospital kerana memakan ubat “chloroquine” yang turut disebut bahawa ubat itu berpotensi merawat COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...