Wanita Sebar Fitnah Uqasha Senrose Gangster & Pembuli Mohon Maaf – “Saya Pernah Gaduh Dengan Adik Dia”

Hiburan

Wanita Sebar Fitnah Uqasha Senrose Gangster & Pembuli Mohon Maaf – “Saya Pernah Gaduh Dengan Adik Dia”

Menerusi Instagram, pelakon Uqasha Senrose telah memuat naik video mempamerkan seorang wanita yang membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya.

Jelas Uqasha, wanita itu telah menggunakan nama Tuhan untuk membuatkan orang ramai percaya dengan kenyataannya yang mendakwa pelakon tersebut seorang pembuli.

Advertisement

uqasha senrose

Berdasarkan video itu, wanita bernama Nadia Rosli itu mengaku telah menyebarkan cerita bahawa isteri Kamal Adli itu seorang pembuli dan gangster.

Dia turut mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku dan ingin menarik semula segala kata-kata yang disebarkannya selain memohon maaf kepada Uqasha.

Dia (Uqasha) bukanlah seorang pembuli atau gangster tapi cuma saya pernah bergaduh dengan adik dia dan dia cuba untuk mempertahankan adiknya.”

 

Uqasha yang tidak mahu memanjangkan lagi isu terbabit berkata dia sudah pun memaafkan individu berkenaan.

Terdahulu, tular di Twitter pendedahan seorang wanita yang mendakwa merupakan rakan sekelas Uqasha dan telah menjadi mangsa buli menyebabkannya trauma sehingga ada niat mahu membunuh diri.

uqasha senrose
1 year ago

Dah Sakan Buat 'Thread' Kisah Dibuli, Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Nak Berbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...