Menerusi Instagram, pelakon Uqasha Senrose telah memuat naik video mempamerkan seorang wanita yang membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya.
Jelas Uqasha, wanita itu telah menggunakan nama Tuhan untuk membuatkan orang ramai percaya dengan kenyataannya yang mendakwa pelakon tersebut seorang pembuli.
Berdasarkan video itu, wanita bernama Nadia Rosli itu mengaku telah menyebarkan cerita bahawa isteri Kamal Adli itu seorang pembuli dan gangster.
Dia turut mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku dan ingin menarik semula segala kata-kata yang disebarkannya selain memohon maaf kepada Uqasha.
Dia (Uqasha) bukanlah seorang pembuli atau gangster tapi cuma saya pernah bergaduh dengan adik dia dan dia cuba untuk mempertahankan adiknya.”
Uqasha yang tidak mahu memanjangkan lagi isu terbabit berkata dia sudah pun memaafkan individu berkenaan.
Terdahulu, tular di Twitter pendedahan seorang wanita yang mendakwa merupakan rakan sekelas Uqasha dan telah menjadi mangsa buli menyebabkannya trauma sehingga ada niat mahu membunuh diri.