Wanita ‘Scam’ Pakej Pelancongan Berjumlah Ratusan Ribu, Mangsa Berjaya Terjah Di Restoran ‘Area’ KLCC

Kehidupan

Wanita ‘Scam’ Pakej Pelancongan Berjumlah Ratusan Ribu, Mangsa Berjaya Terjah Di Restoran ‘Area’ KLCC

Baru-baru ini, tular tentang penipuan pakej pelancongan dilakukan seorang wanita yang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Hal tersebut tular selepas salah seorang mangsa berjaya menjumpainya dan menerjah wanita berkenaan menuntut wang miliknya.

Advertisement

Aku haramkan semua RM43,330 yang kau ambil daripada aku. Ini cerita tentang bagaimana aku ditipu oleh agensi pelancongan yang sepatutnya memberikan kami tiket penerbangan, itinerari dan lain-lain dari pakej yang aku bayar untuk 7 orang.

our stories travel scammer

 

Beberapa bulan sebelum travel, hilang!

Menurut mangsa, dia telah membayar pakej pelancongan ke Switzerland untuk 6 hari 5 malam berharga RM5,990 setiap seorang yang berjumlah RM43,440 keseluruhan.

Namun, beberapa bulan sebelum tarikh melancong, wanita berkenaan menghilangkan diri dan tidak memberi respon terhadapnya berhubung tiket penerbangan dan sebagainya.

Pada 8/2/2025 ia memberitahu kami akan dapat boarding pass 2 minggu sebelum penerbangan. Kemudian, pada 28/2/2025, saya berhubung semula untuk cepatkan boarding pass kerana perlu memohon cuti di tempat kerja tetapi tiada maklum balas.

Sejak itu, mangsa cuba menghubungi setiap bulan namun panggilannya tidak dijawab sebelum dia dan keluarga ke pejabat syarikat tersebut pada bulan Mac tetapi ia telah dikosongkan.

Susulan itu, wanita berkenaan telah pun membuat laporan polis dan memanjangkan isu ini ke tribunal untuk tindakan selanjutnya.

our stories travel scammer our stories travel scammer our stories travel scammer

Ramai lagi kena tipu

Menerusi hantaran di X itu juga, wanita berkenaan memaklumkan bukan keluarganya sahaja yang ditipu tetapi terdapat juga kumpulan mangsa yang lain.

Kami ada Whatsapp group dan jumlah keseluruhan daripada semua pelanggan yang ditipunya adalah kira-kira RM350,000.

Mangsa yang tinggal di Ipoh berkata dia tidak mahu berputus asa dan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari wanita berkenaan dan akhirnya berjaya menjumpainya di sebuah restoran di ibu kota.

our stories travel scammer

Perkara ini juga turut mendapat perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang telah memuat naik video mangsa di akaun Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kim Seri ada kes penipuan lain sebelum scam pelancong
2025-09-18 14:51:35

Kim Seri Ada Kes Penipuan Lain Sebelum Kantoi 'Scam' Pakej Pelancongan? - "Dia Penjenayah Pandai Manipulate"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...