Seorang wanita di Shanghai tergamak menyembunyikan kematian suaminya lebih enam tahun semata-mata untuk menerima faedah wang pencen lelaki itu.
KNews melaporkan, lebih kejam, mayat lelaki itu tidak dituntut di bilik mayat hospital dan hanya dibiarkan saja oleh wanita itu.
Mendiang suaminya dikenali sebagai Zhong dikatakan menderita hemiplegia (kelumpuhan sebelah bahagian badan) dan pengsan di rumah pada Disember 2009, kata satu laporan.
Lebih malang apabila dia ditinggalkan keluarganya di hospital dan meninggal dunia pada Ogos 2015.Kematiannya pula tidak diketahui sesiapa hingga bancian penduduk negara dibuat, baru-baru ini.
Ini susulan dakwaan seorang kakitangan dari bancian penduduk setempat yang memberitahu media wanita dikenali sebagai Qian itu menolak menandatangani borang bancian dan memberitahu suaminya tinggal di rumah jagaan.
Ketika diasak dengan soalan, Qian pula menolak dakwaan itu dengan alasan dia sudah memberitahu pihak berkuasa suaminya hilang dan mencari lelaki itu selama ini.
Pun begitu, apabila ditanya mengapa dia tidak membuat laporan kepada polis untuk mengubah status kediaman suaminya selepas kematian lelaki itu, Qian mendakwa, dia tidak tahu suaminya sudah meninggal dunia. Pelik betul kan!
Sampai macamtu sekali ya nakkan duit. Moga dijauhkan dari kita perkara yang memudaratkan.