Wanita Rogol Kawan Anak Sendiri Berkali-Kali Setiap Kali Datang Ke Rumahnya

Kehidupan

Wanita Rogol Kawan Anak Sendiri Berkali-Kali Setiap Kali Datang Ke Rumahnya

Sering kali kita dengar kebanyakkan kes merogol atau meliwat di seluruh dunia melibatkan lelaki dewasa dengan wanita ataupun kanak-kanak.

Jaranglah kita lihat kes wanita yang merogol lelaki. Tetapi di Amerika, seorang ibu telah merogol kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang juga anak didik suaminya sendiri.

Advertisement

Su Hyon Dillon, 44, memulakan hubungan dengan budak lelaki ini apabila beliau tidur di rumahnya.

Dipetik dari Mirror, dokumen makhamah yang difailkan di Washington, Amerika Syarikat (AS),  Dillon telah masuk ke dalam bilik tidur untuk memulakan percubaan seks keatas budak lelaki itu.

Dia masuk kedalam bilik dan berbaring di sebelah budak lelaki tersebut lalu memasukkan tangannya ke dalam seluar dan melakukan perlakuan seks.

Dillon juga memaksanya untuk memanjat atasnya bagi melakukan seks di Puyallup, Washington.

Budak lelaki itu turut memberitahu dia “saya takut dia mengandung dan bertanya kepadanya, tetapi beliau memberitahu telah mengikat tiubnya dan tidak boleh mengandung.

Budak yang dirogol oleh Dillon adalah anak kawannya yang juga pemain sukan lacrosse yang diajar oleh suaminya.

Perhubungan seks diantara wanita dan budak lelaki ini selalunya berlaku di rumahnya atau di hotel jika pasukan ini keluar untuk perlawanan di luar daerah.

Kanak-kanak itu turut memberitahu polis bahawa Dillon telah mula mencium bibirnya sejak umur 10 tahun lagi di rumahnya.

Satu hari semasa perjalanan pulang ke rumah, dia menarik saya dan memberitahu apa yang dilakukan oleh mereka ini perlu dirahsiakan kerana dia inginkan perhubungan yang berkekalan dan lebih serius.

Su didakwa dengan empat kesalahan merogol kanak-kanak diantara May 2016 dan May 2015.

Perbuatan Dillon ini mula terbongkar apabila budak lelaki ini mula mencederakan diri sendiri dengan mengelar dirinya di beberapa tempat dan mula ponteng sekolah. Kemudian kanak-kanak ini dihantar ke Virgina untuk tinggal bersama bapanya.

Semasa beliau mengikuti sesi kaunseling, barulah dia menceritakan kisahnya dirogol oleh ibu rakannya.

Dillon menafikan dakwaan yang beliau melakukan hubungan seks dengan budak ini sebelum menyalahkannya kerana mengodanya dulu.

Namun, selepas itu dia mengaku mengalami masalah dalam perhubungan dengan suaminya dan budak lelaki ini membuatkan dirinya rasa amat disayangi. Dillon memberitahu bahawa tidak ada perasaan romantik dari budak lelaki ini tetapi suka diberi perhatian olehnya.

Dillon kini masih menafikan semua pertuduhan dan sedang bebas selepas diikat jamin. Namun, beliau sama sekali tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah dan menghubungi kanak-kanak lain termasuk anaknya sendiri.

Beliau adalah seorang wanita yang telah mengambil kesempatan daripada seorang kanak-kanak yang berumur 10 dan 11 tahun,” menurut detektif Ed Troyer kepada News Tribune.

Kanak-kanak pada usia ini tidak mampu untuk membuat keputusan seperti itu pada usia sebegini. Ini akan menyebabkan ibu bapa lain tidak akan bagi anak mereka pergi ke rumah anda bukannya menjadi mangsa rogol.

Semoga anak-anak kita dilindungi dari menjadi mangsa seks oleh orang seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...